CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8915|Reply: 0

[Kedah] JPS Kedah sedang bangunkan sistem ramalan banjir

[Copy link]
Post time 28-11-2024 01:44 PM | Show all posts |Read mode
JPS Kedah sedang bangunkan sistem ramalan banjir


Noorazura Abdul Rahman@hmetro.com.my



EXCO Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar negeri, Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria ketika menjawab soalan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. FOTO Ihsan UPDA




Alor Setar: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang membangunkan sistem ramalan dan amaran banjir (PRAB) selain menaik taraf 140 stesen telemetri pemantauan banjir di seluruh Kedah dengan kos RM10.8 juta.

EXCO Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar negeri, Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria berkata, apabila ia siap kelak, amaran banjir dapat dikeluarkan seawal dua hari sebelum bencana dengan menggunakan model ramalan termasuk data-data daripada stesen hidrologi yang dibangunkan.

"JPS juga menerima peruntukan Program Pembangunan Sistem Hidrologi dan Pemantauan Alam Sekitar daripada kerajaan negeri sebagai inisiatif mengurangkan risiko kerugian harta benda dan nyawa ketika banjir," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Mohd Suffian Yusoff (PN-Bandar Baharu) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.

Mohamad Yusoff @ Munir berkata, bagi mengurangkan masalah banjir dalam jangka masa panjang, JPS menerima peruntukan RM95 juta daripada Kerajaan Persekutuan membabitkan skop pengurusan banjir pada tahun ini.

Beliau berkata, kerja-kerja penyelenggaraan sistem perparitan juga dilaksanakan oleh JPS melalui peruntukan penyelenggaraan bawah peruntukan mengurus setiap tahun oleh kerajaan negeri.

Menurutnya, turut dilaksanakan kerja-kerja pemuliharaan sungai bagi mengurangkan risiko banjir di seluruh negeri dengan peruntukan RM4.5 juta.

"Kita juga melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan kolam takungan banjir membabitkan kos RM2 juta di seluruh negeri pada tahun ini.

"Kerja-kerja kecemasan membabitkan peruntukan Persekutuan diterima pada tahun ini melibatkan skop kerja memulihkan saliran dan parit, memulihkan struktur kawalan dan memulihkan pembetungan berjumlah RM5.65 juta," katanya.

Disiarkan pada: November 28, 2024 @ 1:11pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1160100/jps-kedah-sedang-bangunkan-sistem-ramalan-banjir






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.092466 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list