CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22051|Reply: 0

[Borneo] ASWARA anjur Eksplorasi Seni 3.0 di Pantai Tanjung Batu, 23-24 Nov

[Copy link]
Post time 19-11-2024 12:29 PM | Show all posts |Read mode


Program Acara Seni Budaya 2024 Eksplorasi Seni 3.0 di Pantai Tanjung Batu di sini.

Program yang akan diadakan pada 23 dan 24 November itu mendapat kerjasama Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu.
Jurucakap penganjur dalam kenyataannya berkata, program itu bertujuan mempromosikan ulang tahun ke-30 tahun penubuhan ASWARA.

"Program kongsi seni visual ini merupakan lanjutan kepada program Ekplorasi Seni 1.0 di Tawau dan Ekplorasi Seni 2.0 di Sandakan, Sabah pada 30 Mei hingga 2 Jun lalu," katanya.

Beliau berkata, program itu juga sebahagian daripada rangkaian Program SEMUKUT+ISM International Art Camp (SIAC 2023) yang berlangsung di Pulau Tioman pada 8 hingga 11 September 2023.

Katanya, program dua hari itu menyenaraikan beberapa aktiviti seperti eksplorasi seni abstrak, cetakan eko, kraf tangan tempatan, foto dan video, arca eko serta ceramah bersama pakar industri, komuniti, pelajar dan pensyarah ASWARA.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.035408 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list