CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44537|Reply: 0

[Kedah] Ujian urin boleh kesan individu hisap vape ada bahan terlarang

[Copy link]
Post time 17-11-2024 05:42 PM | Show all posts |Read mode
Ujian urin boleh kesan individu hisap vape ada bahan terlarang

November 17, 2024 @ 5:20pm



Saifuddin pada sidang media Majlis Peluncuran Kempen Antidadah Sekolah Peringkat Kebangsaan 2024 di SK Permatang Pasir hari ini. NSTP/ WAN NABIL NASIR.



BANDAR BAHARU: Ujian urin bukan sekadar boleh mengesan dadah yang diambil secara konvensional, malah ia dapat mengesan bahan terlarang yang terkandung dalam rokok elektronik (vape).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pengesanan pada peringkat awal boleh dilakukan pegawai pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), khususnya selepas pelaksanaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024 diluluskan Dewan Rakyat Ogos lalu.

Beliau berkata, dadah yang menjadi ancaman, khususnya dalam kalangan pelajar sekolah bukan lagi jenis konvensional, sebaliknya jenis sintetik yang mempunyai pelbagai bentuk dan nama serta dianggap sangat dinamik.

"Kita ada keupayaan, pegawai pemulihan ada kepakaran itu (mengesan bahan). Kalau dulu proses ujian dan verifikasi (bahan terlarang) semua hanya dilakukan doktor, tetapi dalam akta penagih dadah yang kita pinda, tugas itu boleh dibuat pegawai pemulihan ADDK.

"Bagaimanapun, kita tak ketepikan pegawai perubatan, di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) masih ada elemen peranan pegawai perubatan, tetapi ujian awal itu boleh dilakukan pegawai pemulihan," katanya selepas Majlis Peluncuran Kempen Antidadah di Sekolah Peringkat Kebangsaan yang dirasmikan secara bersama oleh beliau dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Pasir di sini hari ini.

Saifuddin berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga berhasrat mewujudkan makmal khusus bagi proses pengujian bahan terlarang.

"Melalui makmal itu nanti boleh kesan semua bahan terlarang tanpa syak, tanpa ragu, kompetensi itu tinggi," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kempen dilancarkan hari ini bertujuan menyemarak dan memobilisasi semua warga sekolah termasuk pendidik, pekerja dan murid supaya lebih cakna terhadap masalah penyalahgunaan dadah serta bahan dan menyegarkan kembali program serta aktiviti antidadah sedia ada pada peringkat sekolah dan institusi pendidikan.

Beliau berkata, KDN dan Kementerian Pendidikan juga mewujudkan Skuad Junior yang berperanan sebagai pasukan sukarelawan dalam kalangan murid berfungsi menyebarkan kesedaran bahaya dadah serta bahan kepada warga sekolah, khususnya dalam kalangan murid.

Sebanyak 26 sekolah termasuk sekolah rendah dan menengah di seluruh negara disasarkan sebagai projek perintis kepada pelaksanaan Skuad Junior ini bagi sesi persekolahan 2025.– BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1325159/ujian-urin-boleh-kesan-individu-hisap-vape-ada-bahan-terlarang





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.087087 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list