CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 72631|Reply: 0

[Pulau Pinang] KPKM pastikan bekalan beras sentiasa ada di pasaran

[Copy link]
Post time 16-11-2024 08:05 PM | Show all posts |Read mode
KPKM pastikan bekalan beras sentiasa ada di pasaran

BERNAMA



Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu berucap pada perasmian Konvensyen Amanah Pulau Pinang hari ini. FOTO BERNAMA



Butterworth: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sentiasa berusaha memastikan bekalan beras putih tempatan berada dalam pasaran walaupun terdapat gangguan bekalan berikutan banjir dan perubahan cuaca.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ketika ini bekalan beras putih tempatan adalah sebanyak 56 peratus, dan dijangka mencukupi.

"Memang kita sekarang ini (ada masalah bekalan beras putih tempatan) dengan masalah banjir, perubahan cuaca, hilang kawasan (sawah) disebabkan perumahan dan perniagaan, kita cuba cari jalan untuk memastikan beras sentiasa berada dalam pasaran bagi memenuhi keperluan pengguna.

"Kemarau di Kelantan, banjir di Kedah dan kehilangan 20,000 hektar sawah namun kerajaan melalui kementerian kami sentiasa berusaha memastikan stok beras ada, tak kiralah daripada mana cuma mungkin ada yang murah dan mahal kerana kita import," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) ditemui selepas hadir merasmikan Konvensyen Amanah Pulau Pinang 2024 di sebuah hotel di sini yang turut dihadiri Pengerusi Pakatan Harapan Pulau Pinang Chow Kon Yeow yang juga Ketua Menteri.

Mohamad berkata demikian bagi mengulas rungutan pengguna yang mendakwa bekalan beras putih tempatan sukar diperoleh di pasaran dan hanya terdapat stok beras import.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata KPKM ketika ini mengimport 40 peratus beras dari luar negara bagi memenuhi keperluan dan permintaan pengguna di negara ini.

Beliau berkata pihaknya juga sedang berbincang dengan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) supaya menurunkan harga beras import kerana di peringkat antarabangsa berlaku penurunan berikutan pengukuhan ringgit dan ia mungkin akan memberi kesan kepada negara.

"Sekarang ini untuk memenuhi permintaan, kita import beras iaitu sebanyak 40 peratus dan kita harap dapat turunkan harga beras (import) cuma pada kita, yang penting beras ada," katanya.

Beliau berkata bagi tempoh jangka panjang pihaknya sedang berusaha untuk menggantikan kawasan-kawasan sawah yang terjejas secara bekerjasama dengan beberapa negeri antaranya Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.

"Paling besar kita nak buat ialah bersama kerajaan Sarawak yang itu akan mengambil tempoh 10 tahun untuk hasilkan padi bagi bekalan beras dalam negara untuk jangka panjang manakala jangka pendek kita terpaksa import beras," katanya.



Disiarkan pada: November 16, 2024 @ 5:03pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1155798/kpkm-pastikan-bekalan-beras-sentiasa-ada-di-pasaran




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.036275 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list