CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50320|Reply: 0

[Pulau Pinang] Produk tradisional tak berdaftar, kosmetik tidak bernotifikasi RM10 juta dirampas

[Copy link]
Post time 15-11-2024 07:25 PM | Show all posts |Read mode
Produk tradisional tak berdaftar, kosmetik tidak bernotifikasi RM10 juta dirampas

Oleh Zuhainy Zulkiffli - November 15, 2024 @ 5:57pm [email protected]




Sebahagian produk tradisional tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi dianggar bernilai RM10.1 juta dirampas Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. - Foto ihsan JKNPP




GEORGETOWN: Kira-kira 70,000 kotak produk tradisional tidak berdaftar dan lebih 70 kosmetik tidak bernotifikasi dianggar bernilai RM10.1 juta dirampas melalui Op Joint di dua premis di Jelutong, di sini.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Fazilah Shaik Allaudin berkata serbuan dilakukan 4 November lalu ke atas dua premis yang disyaki menjual produk dalam talian.

"Hasil maklumat awam dan risikan, pihak kami mengambil tindakan ke atas penjualan produk tradisional tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi secara dalam talian dengan menyerbu dua premis itu.

"Operasi membuktikan Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa serius terhadap aduan awam bagi membanteras penjualan produk tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi termasuk dijual dalam talian," katanya.

Fazilah menasihatkan pengguna berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh iklan atau testimoni di laman sesawang, platform media sosial serta aplikasi e-dagang dengan tuntutan perubatan tidak munasabah.

Penjualan produk tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi melanggar Peraturan 7(1)(a) dan 18A(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952.

Orang awam boleh menyemak status pendaftaran ubat atau notifikasi kosmetik dengan layari laman sesawang https://www.npra.gov.my di ruangan 'Product Status' atau hubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di talian 03-7883 5400, selain muat turun aplikasi NPRA Product Status secara percuma menerusi Play Store, App Store dan Huawei App Gallery.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/11/1324322/produk-tradisional-tak-berdaftar-kosmetik-tidak-bernotifikasi-rm10-juta





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.038585 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list