CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45979|Reply: 0

[Pulau Pinang] Penuntut bidang media perlu sedia hadapi perubahan teknologi pesat, dalami literasi media

[Copy link]
Post time 14-11-2024 04:13 PM | Show all posts |Read mode
Penuntut bidang media perlu sedia hadapi perubahan teknologi pesat, dalami literasi media

BERNAMA



Nur-ul Afida (kanan) ketika ditemubual pemberita pada Program Jelajah HAWANA 2024 Bersama Siswa di Dewan Pembangunan Siswa 1, Kompleks Cahaya Siswa (Komca) Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini. FOTO BERNAMA



Georgetown: Penuntut dalam bidang media perlu mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan kepesatan perubahan teknologi dalam industri media, sekali gus mendalami literasi media bagi membolehkan mereka berfikir secara kritikal dan menapis informasi tidak tepat.

Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur-ul Afida Kamaludin berkata, mereka perlu meningkatkan kemampuan dan kematangan untuk memahami, menganalisis serta menilai informasi diperoleh dari pelbagai jenis media seperti televisyen, radio, surat khabar dan media sosial.

"Dalam program Jelajah Hawana (Hari Wartawan Nasional) 2024 hari ini, Bernama turut mengadakan sesi perkongsian ilmu menerusi tiga slot pembentangan yang merangkumi topik semasa berkaitan bidang kewartawanan dan kesedaran keselamatan media dalam talian yang merangkumi tajuk Mobile Journalism serta Semakan Fakta oleh Bernama, diikuti oleh topik Klik Dengan Bijak oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

"Kita melihat pelajar komunikasi perlu dipersiapkan untuk menghadapi cabaran kepesatan teknologi kerana kita sedar mereka perlu dididik dan diberi kesedaran tentang pentingnya menggunakan internet secara bijak agar mereka tidak menjadi mangsa perkara negatif hasil penggunaan internet," katanya pada Program Jelajah Hawana 2024 Bersama Siswa di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini, hari ini.

Terdahulu dalam ucapan beliau, Nur-ul Afida berkata, industri media sering berdepan cabaran meluas berikutan perkembangan teknologi dan digitalisasi yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam cara menerima dan menyebarkan maklumat daripada mesin taip ke internet, daripada internet ke media sosial dan kini mendalami Kecerdasan Buatan (AI).

Menurutnya, AI muncul sebagai daya penggerak perubahan transformasi dalam pelbagai sektor termasuk industri media yang mampu memperkasakan kandungan berita secara lebih kreatif dan menarik, khususnya penyampaian berita di media sosial.

"Kepesatan inovasi AI membawa pelbagai pertimbangan berkaitan etika, sosial dan kawal selia. Justeru, pengamal media perlu mendukung kebertanggungjawaban tinggi dalam pelaporan mereka tanpa melanggar hak orang lain atau undang-undang," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, industri komunikasi dan media sentiasa ada permintaan selain memainkan peranan penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi digital dan pembangunan ekosistem yang pesat.

"Memetik laporan Kementerian Komunikasi baru-baru ini, industri komunikasi dan multimedia di Malaysia menyumbang sebanyak RM140.38 bilion atau 8.1 peratus daripada nilai keseluruhan modal dalam pasaran Bursa Malaysia setakat 31 Disember 2023, melambangkan kepentingannya sebagai kuasa pemandu di sebalik kemajuan teknologi dan transformasi digital," katanya.

Lebih 500 penuntut dan pensyarah dari USM, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menyertai Program Jelajah Hawana 2024 Bersama Siswa bagi Zon Utara, hari ini.

Kementerian Komunikasi menerusi Bernama selaku Urusetia HAWANA 2024 menyampaikan sumbangan set komputer berkeupayaan tinggi dan televisyen bersaiz 65 inci kepada Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media di 14 universiti awam sempena sambutan Hawana tahun ini bagi membantu pembelajaran penuntut.

Turut hadir, Naib Canselor USM Profesor Datuk Seri Dr Abdul Rahman Mohamed dan Ketua Pengarang Bernama merangkap Pengarah Projek Hawana 2024 Arul Rajoo Durar Raj.



Disiarkan pada: November 14, 2024 @ 2:46pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1154983/penuntut-bidang-media-perlu-sedia-hadapi-perubahan-teknologi-pesat-dalami




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.070792 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list