View: 44878|Reply: 115
|
[Tempatan]
Rizalman dilantik Profesor Adjung Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith UM
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 14-11-2024 01:15 PM
Oleh Farihad Shalla Mahmud - November 14, 2024 @ 12:49pm
[email protected]
KUALA LUMPUR: Usahawan dan personaliti fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim dilantik sebagai Profesor Adjung, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM).
Melalui kenyataan dikeluarkan, pelantikan pengasas Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim (RIC) itu dibuat sebagai usaha universiti berkenaan meningkatkan kecemerlangan sebagai universiti perdana dalam memaju dan menyebarkan ilmu pengetahuan.
Menyambut baik lantikan itu, Rizalman, 53, mengakui tidak menyangka akan diberi peluang sebesar itu, apa lagi kepercayaan itu datangnya daripada pimpinan universiti yang menduduki antara 100 universiti terbaik dunia itu.
Anak kelahiran George Town, Pulau Pinang itu berkata, segala usaha dakwah yang digerakkan semata-mata sebagai persiapan untuk berhadapan fasa hidup akan datang.
Namun, pada masa sama, Rizalman tidak menolak, ilmu yang diperoleh harus dimanfaatkan untuk kebaikan pengikutnya dalam media sosial secara khususnya dan umat Islam lain.
"Kita sedia maklum salah satu tuntutan agama adalah ilmu yang ada harus dikongsi dengan orang lain agar pahala akan terus mengalir berpanjangan.
"Kerana itu, saya terlalu bersyukur kerana usaha saya selama ini menelaah dan mendalami ilmu agama dan dikongsi dengan seluruh masyarakat dipandang secara positif oleh Akademi Pengajian Islam, (UM)," jelasnya.
Tugas baharu Rizalman di Akademi Pengajian Islam, UM mencakupi perkongsian ilmu dan pengalaman bukan sahaja dengan pelajar, bahkan, pasukan tenaga pengajar dan pengurusan yang terbabit sama.
Rizalman menambah, komitmen terbaharu itu seiring dengan prinsipnya iaitu sentiasa mengajak masyarakat untuk tidak berhenti daripada menimba ilmu.
Tugas baharu Rizalman di Akademi Pengajian Islam, UM mencakupi perkongsian ilmu dan pengalaman bukan sahaja dengan pelajar, bahkan, pasukan tenaga pengajar dan pengurusan.
"Seperti yang saya sering sebut, realitinya, kita semua (manusia) datang dari 'universiti' (dunia) sama.
"Dunia adalah universiti kepada kita. Manusia adalah pelajar-pelajarnya dan saya bersyukur kerana dipilih sebagai salah seorang tenaga pembimbing.
"Saya sedar dalam diri saya juga masih ada banyak kekurangan. Justeru, bersama Akademi Pengajian Islam, UM ini saya bukan hanya akan berkongsi ilmu yang saya ada, bahkan akan merebut peluang untuk menimba ilmu daripada ekosistem yang bakal disertai," katanya yang menyifatkan pelantikan amat besar maknanya sebagai khalifah di bumi Allah.
Sebagai Profesor Adjung di Akademi Pengajian Islam, UM, Rizalman akan memikul peranan sebagai penasihat kepada fakulti dan jabatan dalam aktiviti program khususnya yang berkaitan dengan penyelidikan dan perundingan seiring dengan hasrat pusat pengajian itu.
Rizalman juga ditawarkan memberi syarahan kepakaran dan seminar kepada penuntut serta tenaga pengajar di universiti berkenaan.
Pendekatan sedemikian dikenal pasti oleh UM ke arah mencapai matlamat melalui kolaborasi dengan ahli profesional, korporat dan pemimpin yang sudah melakar kejayaan cemerlang dalam bidang masing-masing.
Sementara itu, RIC menyifatkan lantikan itu adalah satu pengiktirafan yang besar daripada universiti kepada Rizalman, sejajar dengan dedikasi beliau dalam kerja meningkatkan syiar Islam dan kebajikan.
RIC juga yakin tanggungjawab baharu diberikan kepada Rizalman akan menjadi inspirasi dan motivasi buatnya untuk terus memainkan peranan dalam membentuk perspektif yang lebih holistik terhadap pengajian Islam.
Untuk rekod, ini adalah lantikan akademik kedua buat Rizalman selepas dilantik sebagai Profesor Adjung, Fakulti Akademi Kontemporari Islam (ACIS), Universiti Teknologi Mara pada Ogos 2023.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
apooooooooooooooooooooooo
|
|
|
|
|
|
|
|
layakk ke sebagai manusia sombong bongkak angkuh dapat jawatan ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Pemikir yang bersinergi? Eeeee |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kaseh80 at 14-11-2024 01:08 PM
:
Ramai lagi yg layakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
Nyah |
|
|
|
|
|
|
|
UM pulak tu? kalo UITM aku bole hadam lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
ayoo…takde orang lain ke?
obviously sapa yg select dia ni tak pernah tgk socmed dia |
|
|
|
|
|
|
|
Yang kuban kuban je Msia sekarang ni |
|
|
|
|
|
|
|
asal boleh je la universiti skng ni oiii
tak follo ke ig tokriak tengok dia jenjalan kat london macam mana |
|
|
|
|
|
|
|
Adjung tu apa? Tanjung Rambutan tahu lah akak |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga menginsafkan, membuka hati, mendekatkan diri riri dengan ajaran islam sebenar & meninggalkan perkara haram yang ditegah dalam islam serta berhenti melakukan aktiviti tutuh menutuh. Giituuuu iols berbaik sangka walaooooooooooponnn tetap la terasa contradict dengan gaya tuan punya badan. |
|
|
|
|
|
|
|
harus lah tak...
sapa yg lantik ni? otak lupa bawak ke acaner?
|
|
|
|
|
|
|
|
Adjung tu ape..agong ke typo kot. Kena masuk sekolah bahasa balik banyak bahasa pelik2 zaman madani ni...agak2 nya dia ni jadi cam vv dapat jawatan yg pelik2..klau jabatan fesyen logik la...... |
|
|
|
|
|
|
|
adjung tu dari perkataan adjunct la |
|
|
|
|
|
|
|
profesor adjung:
gelaran kehormat kpd profesional, tokoh korporat dsb yg mempunyai kepakaran dan berpengalaman luas dlm sesuatu bidang, yg dilantik sbg tenaga pengajar sambilan di institusi pengajian tinggi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
|
|
|
|
|
|
|
|
exclusive_vvip replied at 14-11-2024 02:25 PM
adjung tu dari perkataan adjunct la
Adjunct tu dari perkataan adjuction la |
|
|
|
|
|
|
| |
|