CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 19177|Reply: 43

[Tempatan] Anak tidak boleh masuk MRSM jika ibu bapa disenarai hitam Mara, netizen berbelah bahagi

[Copy link]
Post time 14-11-2024 07:15 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 14-11-2024 11:17 AM

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) menetapkan syarat anak tidak boleh memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) jika ibu bapa disenarai hitam kerana gagal melunaskan hutang dengan agensi itu.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, bagaimanapun tindakan itu hanya bersifat sementara.


“Berkaitan sudut senarai hitam, untuk makluman ia bersifat sementara. Peminjam yang tidak bayar maksudnya ibu bapa (membuat pinjaman) usahawan contohnya untuk memastikan sistem perniagaan dapat dinaik taraf (akhirnya disenarai hitam kerana tidak bayar).


“Namun begitu, sistem senarai hitam ini kita kenakan apabila tiga bulan tidak bayar, namun ia bersifat sementara. Tujuannya kita hendak peminjam datang jumpa Mara dan selesaikan isu itu (tidak bayar pinjaman).


“Kita tidak mahu perkara itu (tidak bayar pinjaman) berlanjutan (dan mahu) selesaikan. Kalau tidak mampu bayar, (mereka boleh buat pilihan) berapa mampu bayar, buat adjustment (penstrukturan) balik, pokoknya dia bayar pinjaman Mara.


Kalau dia (ibu bapa) sudah bayar balik dan kebanyakan kes akan bayar dan senarai hitam itu secara automatik tidak ada lagi, akan dikeluarkan (daripada senarai hitam). Sebab itu sudut senarai hitam itu hanya sementara,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.


Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) mengenai syarat kemasukan ke MRSM serta perancangan kementeriannya untuk hapus senarai hitam ibu bapa yang meminjam dengan agensi terlibat bagi memberi peluang kepada anak-anak memohon kemasukan ke sekolah berkenaan.


Rubiah menambah, secara asasnya kemasukan ke MRSM terbuka kepada semua warganegara, namun kecemerlangan akademik perkara utama yang ditekankan.


“Keutamaan kita adalah (pelajar yang memohon) mestilah cemerlang dalam ujian kelayakan ke MRSM (UKKM),” katanya.


Sementara itu, beliau turut memaklumkan kategori pelajar yang memasuki sekolah berkenaan dibahagikan kepada tiga iaitu B40, M40 dan T20 yang mana layanan diterima adalah tidak sama.


“Layanan diberikan kepada (kategori pelajar B40, M40 dan T20) tidak sama. Maksudnya layanan dari sudut akademik sama tetapi dari sudut (lain) kita wujudkan bayaran sedikit kepada golongan M40 dan T20 untuk memenuhi beberapa keperluan dalam pendidikan.


“Bagi B40 yang tidak mampu (pula) kita ada program khas yang kita namakan Program Budi. Bagi program ini Mara akan berikan tajaan sepenuhnya kepada pelajar B40 yang layak,” katanya. - Sinar Harian






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2024 09:15 PM | Show all posts
I mangsa jadi penjamin.. Anak2 i semua x boleh masuk MRSM, xleh apply apa2 pinjaman kewangan dgn mara..  Nk lps dr jd penjamin, kena byr 1/3 drpd jumlah pinjaman pemimjam.. tak kuasa i nak perabis duit byr hutang org lain..

Kepada peminjam yang dah beranak pinak 4 org tu..ko ingat ehh..ko susahkan hidup org, nti anak2 ko pun susah juga nk belajar. I mmg hangin sesangat dgn peminjam..dia lgsg tak contact mara etc..weols yg kena kejar dgn lawyer etc. Mak dia adik beradik dia pun buat nohennnn aje...

I dulu pinjam jpa nk belajar, tiap2 thn wajib mengadap penjamin, sekurang2nya raya dtg ziarah.. bkn apa, nk tunjuk betapa bersyukurnya i dia jd penjamin. Dah setel belajar, i byr ikut kemampuan. turun naik jpa...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2024 07:44 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 07:49 AM | Show all posts
Dah pinjam duit, bayarlah.

Sepatutnya, kalau tak dapat bayar, pergi jumpa, bincang mcm mana, mungkin masih ada ruang. Dari statement mara tu kita boleh andaikan ada kecenderungan peminjam untuk buat tdk tau pasal hutang yang menunjukkan percubaan cuba lari dari hutang.

Nampaknya hutang tak berbayar ini mulai memberi masalah kpd mara, kini sampai ambil tindakan senarai hitam, ramai yang tak bayar barangkali.. rasanya dah cukup lembut mara bagi tau supaya usaha utk bayar hutang kena buat jg

Tdk timbul isu ibubapa bersalah, anak kena hukum. Banyak sekolah harian lain hampir 100% free, sekolahkan sahaja anak disitu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 07:52 AM | Show all posts
setuju, MARA bukan badan kebajikan. kalo ko excellent takde nya kena bayar.
sendiri belajar pun bengap lagi nak makan dana awam
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 07:57 AM | Show all posts
salah satu mangsa adalah I, sebab jadi penjamin kepada student yg buat pinjaman nelajar dari MARA. Hutang 30K haram nak dia bayar. Sejak kes ini, yg datang dari keluarga susah nak minta jadi penjamin pun x boleh dah. nama dan senarai hitam. so, anak2 I pun mcm susah dah nak masuk MRSM dan sebagainya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2024 08:46 AM | Show all posts
elok jugak tu.....
loan belajar mara dah la dpt byk discount ikut pointer bila grad.
patut panjangkan sekali dekat yang x bayar/declare cukai
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 08:47 AM | Show all posts
pokokmeranti replied at 14-11-2024 07:57 AM
salah satu mangsa adalah I, sebab jadi penjamin kepada student yg buat pinjaman nelajar dari MARA. H ...

bab guarantor ni tak adil la pula..... tapi blacklist sebab tak bayar pinjaman, memang patut lah terkesan ke anak2 nya sebagai pengajaran ke anak2 dia juga... kesilapan sendiri akan beri kesan ke keturunan dia....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2024 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
bukan terbelah dua ke...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 08:53 AM | Show all posts
ehh bukan sedari dulu ke?

tp setahu meols apa2 pinjaman pelajaran mara mmg parents & penjamin & student tu sendiri tak leh bankrupt & senarai hitam

kena pi com of oath
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 08:57 AM | Show all posts
kena bayar la. nama pon pinjaman.. WAJIB
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
semua nak bersubsidi susah lah….
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 09:42 AM | Show all posts
ni aku setuju..sama juga JPA yg dulu2 tu..patut buat sama..

budak2 tajaan jpa opis ni siap ckp.. jpa lepas dah grad kami inform dah balik sini.. pastu xtau nak buat apa.. sbb tu bon tu mcm x releven jer.. sbb ada kenkawan diorg ni.. fly balik lepas 3 bln balik masia.. diorg lagi suka keje obersea.. masalahnya JPA x carik punnnnn

Mara, sila buat dengan cepat.. sama ja ngan ptptn tu.. mana mak pak yg x byr..ko jgn bagi pinjaman kat anak dia dah...

hutang wajib dibayar..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan jadi penjamin anak orang. Kecuali kalau orang yang dijamin tu ada pertalian saudara. Tu pun kalau boleh elak ler. Kang tak memasal aje bankruptcy
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 11:35 AM | Show all posts
please lah....sapa2 yang dah meminjam tu silalah bayar....jenis yang meminjam tapi berniat nak culas....org tak beragama pun tahu ada rasa malu dgn diri sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
18 tahun pun x mampu byr, ni mesti abis grad terus kawen jadi surirumah ka jadi oku ka atau mmg sengaja x mau byr walau gaji 10k
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2024 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
blue_blur replied at 14-11-2024 08:47 AM
bab guarantor ni tak adil la pula..... tapi blacklist sebab tak bayar pinjaman, memang patut lah t ...

I dah tanya MARA, penjamin pun klu senarai hitam mmg kn tanggung juga. Mara kata itu tgjawan penjamin. Nk bersihkan nama penjamin kn bayar. Nayaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Berdisiplin Berilmu Berjaya
Cogankata kami semua
Rakan-rakan ibu bapa dan guru
Gambling tenaga tanpa rasa jemu

@aechae tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 14-11-2024 01:16 PM

Marahkan mak,bapak..anak 'dibakar'....
                          TETAPI
Tuan2,puan2...mak,ayah penyakau,penipu,kaki kencing,BOLEH JER ANAK2 pegang jawatan penting,jadi 'pemimpin' masyarakat....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 14-11-2024 08:53 AM
ehh bukan sedari dulu ke?

tp setahu meols apa2 pinjaman pelajaran mara mmg parents & penjamin & stu ...

Meols pn garu kepala.
Depa ni baru kluaq gua ka?
Call BKK bincang leklok nnt depa akan suggest  %  amaun utk kluorkn nama dr blist ngn restructure blk byran bulanan.
Nk seribu daya. MaRa bukan badan charity yachh
Moral of the story toksah jd guarantor sape² walau adik bradik sendri. Kt sini paling ramai yg sangkut bila ank xdpt mrsm.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 14-11-2024 01:07 PM
Berdisiplin Berilmu Berjaya
Cogankata kami semua
Rakan-rakan ibu bapa dan guru

Sorryy weols 1 family bkn produk MARA okehh…

Skolah biasa pn bleh berjaya tau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.438116 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list