CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15512|Reply: 6

[Tempatan] GISBH: 'Saya nak bertaubat, mahu tinggalkan ajaran menyalahi Islam' - Mudir

[Copy link]
Post time 13-11-2024 01:03 PM | Show all posts |Read mode
Sinar Harian
SYAMILAH ZULKIFLISYAMILAH ZULKIFLI
13 November 2024 11:18am


Zahanizam (kanan) diiring pegawai JHEAINS ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah pada Rabu.


KUALA PILAH - "Saya nak bertaubat, nak kembali kepada ajaran sebenarnya Ahli Sunnah Wal Jamaah. Saya mahu tinggalkan ajaran yang menyalahi agama Islam dan ingin taubat nasuha".

Demikan rayuan seorang mudir sebuah madrasah yang mempunyai kaitan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) selepas mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu atas pertuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah di madrasah terbabit sejak tiga tahun lalu.

Zahanizam Rohan, 51, telah dijatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM2,000 oleh Hakim, Sabarudin Bidin.

Beliau turut memerintahkan hukuman penjara tambahan dua bulan sekiranya tertuduh gagal menjelaskan denda berkenaan.

Menurut Sabarudin, hukuman sebagai memberi pengajaran kepada tertuduh memandangkan jawatan mudir merupakan jawatan tertinggi sekali gus memastikannya insaf serta bertaubat tidak mengulangi kesalahan itu lagi.

"Mahkamah juga bersetuju dengan hujah pendakwaan yang tujuan pemerintah meletakkan tauliah bagi pengajaran agama untuk menjaga kemaslahatan orang Islam khususnya di Negeri Sembilan agar tidak merosakkan masyarakat serta boleh menjadi salah faham dari segi pemahaman agama," katanya.


Zahanizam diiring pegawai JHEAINS ketika hadir ke mahkamah.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah mengajar agama Islam berkenaan dengan Tauhid kepada pelajar-pelajar di madrasah di Kampung Ulu Beting, Kuala Pilah tanpa tauliah daripada Jawatankuasa Tauliah yang ditubuhkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003.

Kesalahan itu dilakukan antara bulan Disember 2021 hingga September 2024.

Berikutan itu tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 53 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 pindaan 2009 iaitu mengajar agama tanpa tauliah.


Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya.

Tertuduh dalam rayuannya turut memberitahu dia baharu mengajar dua tahun dan sebelum itu bekerja sendiri sebagai pengedar barang-barang sejuk beku.

Tambahnya, pada bulan Januari tahun lalu dia ada membuat permohonan tauliah dengan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan namun masih belum menerima maklum balas.

"Saya sedang menjalani proses pemurnian akidah di pusat pemulihan di Ulu Yam, Selangor bersama seorang isteri dan 12 anak selama tiga bulan yang dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara(MKN).

"Sebelum ini saya memang ikut ajaran Sunnah Wal Jamaah, tapi bila saya ikut kursus (pemulihan) itu baru saya tahu ajaran sebenar," katanya yang turut memberitahu sudah tidak bekerja selama tiga bulan.

Pendakwa Syarie Kanan, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan, Azrul Izham Jaapar berkata, kesalahan dilakukan tertuduh sudah lama iaitu tiga tahun.

"Sewajarnya tertuduh mengetahui apa-apa bentuk pengajaran berkaitan ajaran Islam hendaklah melalui sistem pentauliahan yang telah ditetapkan oleh pemerintah.

"Ini bagi memastikan bahawa sesiapa yang diajarkan berkaitan agama Islam ini murni dari sudut akidah pembelajaran Islamnya dan tidak terpesong daripada ajaran-ajaran sesat atau salah," katanya.

Tambahnya, hukuman berat dan setimpal perlu dijatuhkan kepada tertuduh bagi memberi pengajaran bukan saja kepada tertuduh tetapi sesiapa saja yang tiada tauliah mengajar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2024 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 14-11-2024 07:56 AM

Tololwers Ashaari dulu pun bertobat gak, siap ada  live dlm tv tapi ujung2 bersalin kulit jaa..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
So betul la sesat?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 07:39 AM | Show all posts
janji lepas.

tahun 2034 muncul lagi muka serupa buat hal sama.


dari mula2 arqam diharamkan sampai la same thing being repeated
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 09:32 AM | Show all posts
Jgn siasat berlebihan- liPAS
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Abuya seorang yang teliti;
Sudah tentulah si kibidi bidi;
Bom bom bom,
Yes yes yes yes.

Sikidibidi,
Siki bom bom bom;
Yes yes yes,
Abuya bidi bidi.

Bom bom,
Abuya siki bidi bidi.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2024 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Haa macam ni kan elok Kalau yang sesat kita lorongkan dia ke jalan yang benar..ini x semuanyaa ko angkut cakap sesat...bodoh piang geng2 maza ko tu yang sesat Maza Kulit babi bleh pakai x ade sape ke nak tangkap ko
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.038805 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list