CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13565|Reply: 0

[Kedah] Tanah sawah tidak produktif perlu direhatkan - PPK

[Copy link]
Post time 13-11-2024 09:26 AM | Show all posts |Read mode
Tanah sawah tidak produktif perlu direhatkan - PPK

Oleh Noorazura Abdul Rahman - November 13, 2024 @ 7:01am[email protected]




Foto hiasan




GURUN: Tanah sawah yang semakin dalam dan tidak lagi produktif wajar direhatkan dan diuruskan supaya kembali subur demi menjaga keterjaminan makanan negara pada masa depan.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pendang Selatan, Abdullah Mohamad, 58, berkata tempoh rehat itu memerlukan kajian dan cara pengurusan yang sistematik supaya ia tidak memberi kesan kepada pengeluaran padi negara.

Beliau difahamkan kawasan tanah sawah yang dalam itu turut berlaku di kawasan luar Lembaga Kemajuan Wilayah Muda (MADA), namun jumlah keluasan tanah yang menghadapi masalah itu tidak serius.

"Pada pandangan saya proses rehatkan tanah perlu jika masalah tanah itu sudah dalam, maksudnya kita sudah tak boleh tanam, tabur benih dan akhirnya apabila mesin menuai hendak masuk pun tak boleh.

"Kalau tanam pun tiada hasil, sebab itu kita perlu rehatkan tanah dan uruskan, kalau rehat saja tak boleh, kita perlu baiki struktur tanah dan ada sistem pengairan yang baik untuk buang air dari sawah dan suburkan tanah kembali, kalau tanah sawah itu dalam keadaan baik tak perlu rehat, nak diusahakan lima musim untuk tempoh dua tahun pun tiada masalah," katanya ketika ditemui di sini.

Abdullah yang sudah mengusahakan sawah selama 32 tahun berkata kerajaan juga perlu memperkasakan penggunaan bahan organik dalam pembuatan baja mahu pun racun organik agar tanah sawah di negara ini kekal subur dalam jangka masa panjang.

Katanya, langkah itu penting untuk memaksimumkan hasil padi negara seterusnya meningkatkan pendapatan petani.

"Semua perkara ini berkait daripada tanah, tumbuhan dan seterusnya kepada kesihatan manusia itu sendiri, sebagai contoh kita gunakan baja mikrob iaitu penguraian jerami dengan menggunakan mikroorganisma, ia sangat baik untuk menyuburkan tanah.

"Cara ini juga akan mengelak berlaku pembakaran jerami yang boleh mencemarkan alam sekitar," katanya yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Biokimia Tumbuhan dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Kelmarin media melaporkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) disaran mempertimbang cadangan untuk merehatkan aktiviti penanaman padi di kawasan MADA selama dua tahun.

Cadangan dikemukakan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) selepas mendakwa kawasan sawah padi MADA di Kedah dan Perlis tidak pernah direhatkan sejak digunakan bagi tujuan penanaman sejak 70 hingga 80 tahun lalu.

Ini kerana dakwanya, tanah sawah kawasan itu sudah banyakterdedah dengan racun dan menjadi dalam berikutan masalah pengairan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1323152/tanah-sawah-tidak-produktif-perlu-direhatkan-ppk





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.038410 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list