Johor Bahru: Pengguna diminta bertindak bijak selain memilih restoran serta premis makanan yang masih meletakkan harga munasabah untuk menjamu selera dan membeli makanan.
Pengerusi Persatuan Penggerak Pengguna Johor, Md Salleh Sadija, berkata, gerakan boikot digerakkan pengguna baru-baru ini juga boleh dilakukan terhadap restoran yang menaikkan harga makanan sewenang-wenangnya.
Beliau tidak menafikan berlaku kenaikan harga bahan mentah kebelakangan ini, namun ia bukan alasan bagi menaikkan harga makanan dijual, hampir setiap tahun.
"Pengusaha restoran termasuk mamak sebelum ini dilaporkan sudah menaikkan harga makanan awal tahun ini atas alasan kos operasi terutama bahan mentah yang naik.
"Namun semalam mereka dilaporkan mahu menaikkan lagi harga makanan susulan pelaksanaan gaji minimum RM1,700 Februari depan. Bagi kami ia alasan tidak munasabah berikutan mereka baharu menaikkan harga dan ini sudah tentu membebankan lagi pengguna. sumber
|