CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 72165|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua nelayan ditahan, 200kg ikan dirampas

[Copy link]
Post time 9-11-2024 02:23 AM | Show all posts |Read mode
Dua nelayan ditahan, 200kg ikan dirampas

MOHD ISKANDAR OTHMAN
08 November 2024 05:11pm




Bot nelayan kelas C ditahan Maritim Malaysia selepas didapati menangkap ikan tidak mengikut syarat sah lesen.




GEORGE TOWN - Sebuah bot nelayan tempatan bersama 200 kilogram hasil tangkapan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang selepas didapati menangkap ikan di kawasan yang tak dibenarkan.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Razali Kasim berkata, bot nelayan kelas C itu ditahan di kedudukan 6.3 batu nautika tenggara Pulau Kendi di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, pada awalnya bot peronda melakukan rutin penguatkuasaan sebelum melakukan pemeriksaan terhadap bot terbabit yang sedang melakukan aktiviti menangkap ikan.

]
200kg ikan baja turut dirampas.




"Bot penguat kuasa menghampiri bot nelayan berkenaan dan mendapati mereka sedang melakukan aktiviti perikanan di bawah 15.0 batu nautika di mana mereka melakukan aktiviti menangkap ikan tidak mengikut syarat sah lesen kelas C.


"Bot terbabit yang berada di kedudukan 6.3 batu nautika tenggara Pulau Kendi itu diperiksa selanjutnya dan mendapati dua kru warga tempatan berumur lingkungan 49 hingga 61 sedang bekerja di atas bot berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.

Razali berkata, tangkapan dilakukan kerana mereka disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8 (b) mengikut Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen di mana mereka menangkap ikan di bawah 15.0 batu nautika.

Kesemua kru, vesel bersama hasil tangkapan dianggarkan 200 kilogram ikan baja telah diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia Pulau Pinang untuk siasatan lanjut.

https://www.sinarharian.com.my/article/695486/berita/semasa/dua-nelayan-ditahan-200kg-ikan-dirampas


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.118669 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list