CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31624|Reply: 0

[Kedah] Wanita dikhuatiri lemas, motosikal ditemui dalam sungai

[Copy link]
Post time 8-11-2024 06:36 PM | Show all posts |Read mode
Wanita dikhuatiri lemas, motosikal ditemui dalam sungai

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




Anggota PPDA BBP Jitra melakukan pencarian di lokasi wanita dikhuatiri lemas di Sungai Pendang. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI




Alor Setar: Seorang wanita berusia lingkungan 30-an dikhuatiri lemas selepas motosikalnya ditemukan dalam Sungai Pendang, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Wan Azizul Hakim Wan Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.54 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Jalan Raja yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Hashim Saad tiba di lokasi bersama lima anggota.

"Setibanya di lokasi kejadian, dimaklumkan, motosikal mangsa dipercayai terbabas ke dalam sungai berdasarkan penemuan kenderaan itu di sungai terbabit.

"Mangsa dikhuatiri lemas dan dihanyutkan arus sungai berkenaan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Wan Azizul Hakim berkata, anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Jitra dan Sungai Petani tiba di lokasi untuk melakukan selaman dan pencarian di permukaan air.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dilakukan di lokasi membabitkan pasukan bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Setar.

Difahamkan, sungai itu mempunyai kedalaman sekitar lebih empat meter.



Disiarkan pada: November 8, 2024 @ 4:06pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1152800/wanita-dikhuatiri-lemas-motosikal-ditemui-dalam-sungai




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.038966 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list