CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19337|Reply: 0

[Pulau Pinang] Najis tikus, lipas, dua restoran nasi kandar diarah tutup

[Copy link]
Post time 8-11-2024 01:16 PM | Show all posts |Read mode
Najis tikus, lipas, dua restoran nasi kandar diarah tutup

Oleh Nur Izzati Mohamad - November 8, 2024 @ 12:56pm[email protected]




Lapan premis makanan termasuk dua restoran nasi kandar di sini, diarah tutup selama 14 hari oleh MBPP selepas didapati beroperasi pada tahap kebersihan yang tidak memuaskan. - Foto ihsan MBPP




GEORGETOWN: Lapan premis makanan termasuk dua restoran nasi kandar di sini, diarah tutup selama 14 hari oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) selepas didapati beroperasi pada tahap kebersihan yang tidak memuaskan.

Tindakan diambil selepas pemeriksaan terhadap premis berkenaan menemukan najis tikus dan lipas, selain ada yang meletakkan bahan makanan di atas lantai.

Ahli Majlis MBPP, Tan Soo Siang, berkata arahan penutupan serta-merta itu dibuat mengikut Undang-Undang Kecil UUK 38(1) Establisymen Makanan MPPP 1991.

Katanya, MBPP tidak akan berkompromi dengan piawaian kebersihan dan telah melaksanakan pemantauan secara berkala serta membuat pemeriksaan secara rutin, rawak dan mengejut dari semasa ke semasa.

"Dalam operasi oleh Jabatan Pelesenan malam tadi, MBPP memeriksa sembilan premis makanan dengan memberi tumpuan kepada aspek kebersihan kawasan penyediaan makanan iaitu bahagian dapur, ruang penyimpanan bahan mentah dan sebagainya.

"Sebanyak lapan daripada jumlah keseluruhan premis yang diperiksa telah didapati berada dalam tahap kebersihan yang tidak memuaskan serta penemuan najis tikus dan lipas di bahagian dapur.

"Lebih mendukacitakan, ada satu premis makanan yang tidak menghiraukan aspek kebersihan penyediaan makanan kepada pelanggan dengan memproses dan memotong ikan mentah di atas lantai, selain ada yang tidak menyelenggara dengan baik peti sejuk yang menyimpan bahan mentah," katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Soo Siang berkata, sejak Januari hingga kini, sebanyak 52 premis perniagaan ditutup pihak berkuasa tempatan (PBT) atas isu kebersihan yang serius, khususnya berkaitan dengan penemuan najis tikus dan lipas.

"Penutupan ini adalah hasil pemeriksaan rutin dan rawak dijalankan MBPP untuk memastikan restoran dan kedai makan mematuhi piawaian kebersihan yang ketat.

"MBPP sangat prihatin mengenai kebersihan tempat penyediaan makanan dan tempat memasak di restoran, kerana faktor kebersihan ini adalah amat penting bukan sahaja untuk memastikan kesihatan pelanggan tetapi juga untuk menjaga reputasi industri makanan dan minuman (F&B) di kawasan pentadbiran MBPP," katanya.

Tegasnya, penutupan premis-premis itu dibuat bukan bertujuan untuk menjejaskan perniagaan tetapi lebih kepada memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/11/1321272/najis-tikus-lipas-dua-restoran-nasi-kandar-diarah-tutup





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.044447 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list