CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38304|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lelaki pecahkan cermin kereta ditahan

[Copy link]
Post time 7-11-2024 10:18 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 7-11-2024 10:19 AM

Lelaki pecahkan cermin kereta ditahan

07 November 2024 09:38am



Seorang lelaki berusia 41 tahun ditahan kerana membuat kacau dan memecahkan cermin kenderaan orang awam di Lebuhraya Dr Lim Chong Eu di Bayan Lepas, George Town pada Rabu. Gambar hiasan




GEORGE TOWN - Polis menahan seorang lelaki kerana bertindak membuat kacau dan memecahkan cermin kenderaan orang awam di Lebuhraya Dr Lim Chong Eu di Bayan Lepas, dekat sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, lelaki tempatan berusia 41 tahun itu ditahan di lokasi kejadian, selepas mendapat aduan daripada orang awam berhubung kejadian tersebut.


"Bertindak atas maklumat, pihak polis telah ke lokasi kejadian dan menahan lelaki itu kerana suspek bertindak mengacau serta memecahkan cermin kenderaan orang awam di situ,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis.

Sazalee berkata, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengetahui motif lelaki itu bertindak sedemikian.

Beliau berkata, lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Sazalee berkata, polis menahan dua lelaki masing-masing berusia 19 dan 27 tahun kerana terlibat dalam kes curi motosikal di sebuah apartment di Bayan Lepas.

Beliau berkata, dua lelaki itu ditahan di tepi jalan di Halaman Sungai Ara, Bayan Lepas dekat semalam hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan oleh pihak polis.

"Susulan penahanan mereka, polis berjaya merampas dua buah motosikal jenis Yamaha dipercayai telah dicuri dua lelaki itu dan kami masih menjalankan siasatan lanjut sama ada suspek terlibat dalam kes curi motosikal lain,” katanya.


Beliau berkata, mereka kini direman bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/695180/berita/semasa/lelaki-pecahkan-cermin-kereta-ditahan


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.037185 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list