CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37337|Reply: 0

[Pulau Pinang] Hutang judi: 4 ditahan bantu siasatan kes ugut, lepas 2 das tembakan

[Copy link]
Post time 7-11-2024 12:48 AM | Show all posts |Read mode
Hutang judi: 4 ditahan bantu siasatan kes ugut, lepas 2 das tembakan

BERNAMA



GAMBAR hiasan



Butterworth: Polis menahan empat lelaki tempatan termasuk dua beradik bagi membantu siasatan kes ugutan dengan melepaskan tembakan selepas mendakwa mangsa gagal membayar hutang judi di sebuah rumah di Taman Pandan di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Zailanni Amit berkata kesemua suspek berusia antara 43 hingga 53 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar Butterworth selepas menerima laporan daripada mangsa, seorang lelaki tempatan, berhubung kejadian berkenaan pada 2 petang semalam.

"Berdasarkan siasatan, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi apabila seorang lelaki bersama rakannya datang ke rumah mangsa untuk menuntut hutang sebanyak RM23,000 yang dipercayai berkaitan main judi antara mereka April lalu.

"Namun kerana tidak berpuas hati, suspek bertindak mengacukan pistol ke arah mangsa sebelum melepaskan dua das tembakan ke dinding rumah untuk menakut-nakutkan mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau berkata mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu tetapi bertindak membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan dirinya dan ahli keluarganya.

Zailanni turut memaklumkan bahawa susulan penahanan empat lelaki tersebut, polis merampas sepucuk pistol semi-automatik jenama CZ 75 D CompaCal. P Luger bersama empat butir peluru dan sebutir kelongsong peluru jenis 9mm.

Katanya suspek utama dan rakannya yang masing-masing berusia 43 dan 53 tahun direman enam hari manakala dua beradik yang berusia lingkungan 50-an direman selama tiga hari.

Menurutnya kesemua suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau termasuk kes berkaitan dadah dan kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971, Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 akta sama.



Disiarkan pada: November 6, 2024 @ 10:36pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1152206/hutang-judi-4-ditahan-bantu-siasatan-kes-ugut-lepas-2-das-tembakan




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.038031 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list