CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27562|Reply: 0

[Kedah] UUM serah polis siasat pelajarnya terbabit kes tipu

[Copy link]
Post time 5-11-2024 06:14 PM | Show all posts |Read mode
UUM serah polis siasat pelajarnya terbabit kes tipu

Oleh Zuliaty Zulkiffli - November 5, 2024 @ 5:52pm [email protected]




Naib Canselor UUM, Prof Dato' Dr Mohd Foad Sakdan bercakap pada sidang media mengenai Majlis Konvokesyen ke-37 UUM pada 8 hingga 16 November di Alor Setar. NSTP/Wan Nabil Nasir.




ALOR SETAR: Universiti Utara Malaysia (UUM) menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan terhadap seorang penuntutnya yang didakwa menipu beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO).

Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohd Foad Sakdan, berkata penuntut lelaki berusia 23 tahun itu tidak menyambung pengajian pada semester ini disebabkan dia memohon membuat penangguhan belajar.

Jelasnya, selepas semua siasatan polis selesai, baru pihak universiti akan mengambil sebarang tindakan selepas meneliti semula kes berkenaan.

"Kalau ikut memang salah, tapi apa pun biar polis selesai siasat dulu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada menjadi kesalahan atau tidak pelajar itu didakwa menggunakan surat palsu menggunakan kepala surat universiti itu yang dipercayai diubah suai.

Mohd Foad berkata, pihaknya akan meneliti kes itu dan jika sekiranya penuntut itu didapati melakukan kesalahan, tindakan tatatertib boleh diambil termasuk dibuang dari universiti.

Media sebelum ini melaporkan, seorang penuntut sebuah universiti di utara negeri ini ditahan polis susulan laporan yang dibuat oleh NGO, Cancer Survivors Malaysia (CSM) yang mendakwa ditipu penuntut lelaki terbabit kononnya dia memerlukan wang untuk membayar yuran pengajian.

Pengerusi CSM, Zuraini Kamal sebelum ini berkata, pelajar berusia 20-an memperkenalkan dirinya sebagai Lim dan menghubunginya pada Ahad lalu untuk membantunya mendapatkan dana bagi membiayai pengajiannya berjumlah RM5,000 dengan alasan keluarganya tidak berkemampuan.

Pelajar terbabit juga memberi alasan yang dia akan dibuang daripada universiti berkenaan jika dia tidak membayar yuran terbabit dan hasil maklumat yang diterima, pelajar itu dipercayai terbabit dalam perjudian dalam talian.

Dalam pada itu, Dalam pada itu, wakil NGO Seberang Perai Pulau Pinang, Eng Hiap Boon berkata, dua lagi laporan polis dibuat terhadap penuntut itu pada 24 Oktober lalu masing-masing satu di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan Teluk Intan, Perak.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/11/1320102/uum-serah-polis-siasat-pelajarnya-terbabit-kes-tipu





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.158501 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list