CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44530|Reply: 4

[Tempatan] Perigi terapi ion dinasihatkan henti sementara operasi

[Copy link]
Post time 1-11-2024 07:47 PM | Show all posts |Read mode
https://www.utusan.com.my/berita/2024/11/perigi-terapi-ion-dinasihatkan-henti-sementara-operasi/

REMBAU: Pengusaha perigi terapi ion di Ulu Sepri, di sini, yang didakwa menyembuhkan pelbagai penyakit dinasihatkan untuk menghentikan operasi buat sementara waktu sehingga keputusan siasatan Kementerian Kesihatan Malaysia selesai.
Pegawai Daerah Rembau, Mohd. Zamri Mohd. Esa berkata, pihaknya juga telah ke lokasi tersebut pada hari Selasa lalu bersama pihak Badan Kawal Selia Air (BKSA) Negeri Sembilan untuk siasatan lebih terperinci.
“Susulan lawatan ke lokasi, pihak BKSA mengeluarkan satu surat arahan kepada pengusaha untuk membuat permohonan Lesen di bawah Akta Air 1920 (Akta 418) dibaca bersama Enakmen Air (Pindaan Akta Air 1920) 2007 kerana pengusaha menggunakan air sungai yang diabstrak tanpa lesen.
“Pengusaha diberi tempoh selama 14 hari untuk membuat permohonan tersebut di BKSA Negeri Sembilan. Kami akan meneruskan pemantauan dari masa ke masa memandangkan lokasi ini yang kini menjadi tumpuan ramai,” katanya kepada pemberita.
Mengulas lanjut, Mohd. Zamri berkata, kedudukan telaga (perigi) adalah bersebelahan dengan Sungai Batu Hampar dan tanah bagi operasi perigi tersebut merupakan Tanah Adat serta Syarat Nyata bagi tanah adalah untuk pertanian (dusun).

“Setengah keluasan tanah digunakan bagi operasi perigi tersebut manakala setengah lagi keluasan dikekalkan sebagai kawasan dusun,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin mengusahakan sebarang produk atau aktiviti pelancongan di daerah ini namun usaha tersebut perlu mematuhi syarat ditetapkan pihak berkuasa.
Sementara itu, tinjauan ke lokasi yang dipercayai sudah beroperasi sejak tiga bulan lalu mendapati orang ramai termasuk yang menggunakan kerusi roda berkunjung ke lokasi tersebut sehingga pukul 3 petang ini.
Tular dalam media sosial berhubung penggunaan air perigi yang didakwa boleh memberi kesan kebaikan untuk mereka yang menghidapi penyakit kronik seperti strok, urat saraf dan radang saraf.

MOHD. Zamri Mohd. Esa menunjukkan lokasi perigi terapi ion di Ulu Sepri, Rembau kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2024 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah aku agak dah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2024 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tutup terus pon takpe. Pening dgr permintaan mak ayah iols.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 11:23 AM | Show all posts
Harap operator/owner tanah yang claimed air telaga teknologi ion ciptaan seorang profesor tu, sila tampil ke hadapan untuk secangkir dua penafian.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2024 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
professor formula kinetik ion ni mungkin boleh beri kenyataan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.180235 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list