CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31653|Reply: 1

‘Kahwin baru setahun jagung, tak layak nasihat panjang lebar’ - Neelofa

[Copy link]
Post time 21-10-2024 11:40 PM | Show all posts |Read mode





Selebriti popular, Noor Neelofa mengakui dirinya masih belum layak untuk berkongsi tip rumah tangga kerana usia perkahwinan yang dibina bersama suami, Haris Ismail masih muda.


Bagaimanapun, pemilik nama lengkap Noor Neelofa Mohd. Noor, 35, berkata, perjalanan melayari bahtera rumah tangga pasti akan dipermudahkan sekiranya mematuhi garis panduan yang sudah ditetapkan oleh agama.


“Setiap perkahwinan ada susah senangnya mungkin jika dilihat dari segi luaran yang dikongsikan tampak bahagia. Namun bukan senang untuk jalani kehidupan bersama.


“Perkahwinan saya dan suami baru setahun jagung. Tak layak untuk bagi nasihat panjang lebar.


“Tetapi apa yang boleh saya katakan selagi seorang suami dan isteri mentaati perintah Allah dan ikut segala panduan yang ditetapkan dalam agama, Insya-Allah ada berkat dan dipermudah,” katanya sewaktu ditemui pada majlis pelancaran koleksi terbaru Kita&Co di sini, hari ini.


  



Neelofa yang hadir sambil ditemani suaminya berkata, dia sendiri banyak belajar tentang ilmu perkahwinan sesudah sah bergelar isteri kepada Hariz.


“Saya sendiri banyak belajar selepas kahwin. Saya belajar sama-sama dengan Hariz.


“Kalaulah ilmu-ilmu ini saya tahu sebelum saya berkahwin, mungkin lebih mudah untuk saya lalui di awal perkahwinan.


“Jadi kepada adik-adik di luar sana yang ingin berkahwin, tolong belajar ilmu perkahwinan. Memang saya akan sentiasa galakkan. Adik-beradik saya pun lalui situasi yang sama dengan saya,” kongsinya.


Untuk rekod Neelofa dan Haris atau Muhammad Haris Ismail, 29, berkahwin pada pada 27 Mac 2021.


Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 2, dan Abdullah Abbas,1.




Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin boleh bg nasihat kat jenab dulu la kot??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.036007 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list