CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15694|Reply: 0

[Kedah] Baitumal Kedah perintis Projek Kabin Guru KAFA

[Copy link]
Post time 17-10-2024 02:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 17-10-2024 02:42 PM

Baitumal Kedah perintis Projek Kabin Guru KAFA

OlehNURUL HIDAYAH HAMID

17 Oktober 2024 02:23pm




Dr Abd Ghani (kiri) menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Kabin Guru Kafa Tahun 2024 Sumbangan Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah di Sekolah Kebangsaan (SK) Pokok Sena, pada Khamis.




POKOK SENA - Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) menjadi perintis kepada Projek Kabin Guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di Kedah sejak 2022.

Setiausaha MAIK, Datuk Dr Abd Ghani @ZULKIFLI Zainuddin berkata, Baitumal Kedah telah menyediakan 11 kabin KAFA melibatkan peruntukan sebanyak RM244,035.

Beliau menambah, inisiatif menyediakan kabin guru KAFA berkenaan dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan wang tidak patuh syariah ini.

"Wang tidak patuh syariah adalah wang atau harta yang diperolehi melalui cara yang tidak diiktiraf oleh syarak seperti harta syubhah, pelaburan haram, aktiviti perjudian, dividen konvensional dan seumpamanya.


"Harta tersebut tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan dan dilupuskan bagi tujuan maslahah umum atau kepentingan awam," katanya.


]
Dr Abd Ghani (kiri) melihat kitab di Kabin Guru KAFA SK Pokok Sena.




Beliau berkata sedemikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Kabin Guru Kafa Tahun 2024 Sumbangan Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah di Sekolah Kebangsaan (SK) Pokok Sena di sini, pada Khamis.


Hadir sama, Ketua Unit tabung amanah Baitumal MAIK, Syeikh Zamri bin Bakar.


Dr Abd Ghani berkata, projek ini bermula pada tahun 2022 di SK Belukar di daerah Padang Terap dan diteruskan lagi di SK Sri Gunung, SK Telok Kechai, SK Kurong hitam dan terbaru di SK Pokok Sena.


]
Dr Abd Ghani (kanan) melihat fail-fail disusun di Kabin Guru KAFA SK Pokok Sena.




"Baitulmal mengucapkan tahniah kepada SK Pokok Sena kerana terpilih untuk projek kabin guru KAFA," katanya.

Beliau berharap, projek kabin guru KAFA ini dapat memberikan kemudahan dan keselesaan kepada guru-guru KAFA, sekali gus mereka dapat memberikan lebih tumpuan dan fokus ke arah peningkatan prestasi pelajar.


Dalam perkembangan sama, Dr Abd Ghani memberitahu,projek berkenaan mendapat permintaan yang banyak dari sekolah-sekolah namun ia bergantung kepada kemampuan kewangan Baitumal.


Bagaimanapun, beliau menyatakan, pihaknya sentiasa berharap dapat meneruskan Projek Kabin KAFA pada masa-masa akan datang, sekali gus menggalakkan masyarakat untuk menyumbang untuk pertumbuhan sistem pendidikan KAFA tersebut.


Dr Abd Ghani (tiga dari kanan) bergambar kenangan selepas Majlis Penyerahan Projek Kabin Guru Kafa Tahun 2024 Sumbangan Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah di SK Pokok Sena di sini, pada Khamis.



Sementara itu, guru penyelaras KAFA SK Pokok Sena, Siti Aisyah Ahmad berkata, guru KAFA di sekolah berkenaan terpaksa berkongsi dengan kelas pemulihan sebelum ini dan situasi itu agak menyukarkan mereka untuk menyimpan fail pelajar dan sebagainya.

Katanya, mereka juga perlu bermesyuarat di kelas-kelas akibat bilik terhad.

"Kami bersyukur permohonan diluluskan dan tidak lagi perlu berkongsi dengan guru di sebelah pagi.

"Kami pun boleh mesyuarat apa semua di kabin guru KAFA dan tidak perlu berkongsi dengan sebelah pagi, malah ia lebih tersusun," katanya.

Seorang lagi guru KAFA, Zulkhairi Abdul Samad berkata, Kabin KAFA itu mampu memberi keselesaan kepada guru terlibat selain menggalakkan mereka untuk memberi tumpuan kepada pengajaran kepada murid.

"Apabila guru selesa maka setiap pengajaran yang kita akan berikan kepada pendidikan kepada murid ini.Insya-ALLAH, akan lebih baik," katanya.

Sebarang bentuk pendapatan ataupun perolehan hasil dari perbuatan mahupun transaksi yang bertentang syarak seperti harta syubhah, pelaburan haram, aktiviti perjudian dan dividen konvensional boleh disumbangkan atas nama MAIK-Wang tidak patuh syariah melalui akaun Bank Rakyat (11-0206962-8).

Orang awam mempunyai persoalan boleh menghubungi talian 04-7026200/04-7026201 ataupun WhatsApp 017-3043755, ataupun melalui email [email protected],Facebook TabungAmanahBaitumalKedah ataupun www.maik.gov.my.

https://www.sinarharian.com.my/article/691518/edisi/utara/baitumal-kedah-perintis-projek-kabin-guru-kafa


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.602735 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list