CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13947|Reply: 1

[Kedah] Reda suami 'pergi' selepas kehilangan bapa mentua

[Copy link]
Post time 15-10-2024 09:19 AM | Show all posts |Read mode
Reda suami 'pergi' selepas kehilangan bapa mentua

Zuliaty Zulkiffli[email protected]



NURSHUHADA, isteri kepada Mohd Rizal yang maut selepas dihempap pokok tumbang di Kampung Bandar Hilir. FOTO Wan Nabil Nasir





Sik: "Kami baru bersedih selepas kematian ayah mentua Selasa lalu, kini dia (suami) pula menyusul apabila meninggal dunia dihempap pokok semalam," kata Nurshuhada Ramli, 38.

Nurshuhada adalah isteri kepada Mohd Rizal Aziz, 47, yang maut selepas dihempap pokok tumbang ketika menunggang motosikal untuk ke tempat kerjanya.

Menurutnya, suaminya dalam perjalanan pulang dari rumah ibu mentuanya di Kampung Tanjung Besar untuk ke tempat kerjanya di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeniang kerana bekerja sebagai pengawal keselamatan syif malam.

"Suami ketika itu pulang selepas menjaga ibunya (Umi Kalsom Man, 67) yang terlantar sakit akibat kencing manis dan buah pinggang.

"Suami bergilir dengan dua adiknya yang lain sejak ibu mentua sakit dan minggu ini dia bekerja syif malam," katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di Kampung Tanjung Besar, di sini hari ini.

Nurshuhada berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan suaminya dihempap pokok tumbang di lokasi kejadian pada 5.45 petang.

Katanya, dia bergegas ke lokasi dengan memandu kereta seorang diri dari rumahnya di Kampung Bandar Hilir dan terkejut apabila mendapati jasad suaminya ditutup payung.

"Bila dah tutup dengan payung, saya faham keadaannya memang dia sudah tiada dan hampir pengsan melihat jasadnya yang terbujur kaku.

"Arwah suami yang menjadi tunjang dalam keluarga menyara saya dan tiga anak berusia dua tahun hingga 12 tahun selain menjaga ibunya yang sakit," katanya.

Nurshuhada berkata, bagaimanapun mereka sekeluarga reda dengan pemergiannya.

Dia berkata, suaminya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Besar, di sini 2.30 petang hari ini.

Sementara itu, adik arwah, Mohd Syukri Aziz, 46, berkata, kali terakhir dia menghubungi abang sulungnya itu pada 9 pagi semalam.

Katanya, ketika itu dia berada di Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sik untuk menguruskan bantuan bapa mereka yang meninggal dunia pada Selasa lalu.

"Abang seorang yang penyayang dan kami pernah hidup susah sama-sama sejak kecil.

"Bila dia dah tak ada ni, memang kami terasa sangat sampaikan adik perempuan bongsu pengsan sebaik mendengar berita mengenai abang," katanya.

Harian Metro semalam melaporkan, seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dipercayai dihempap pokok tumbang ketika menunggang motosikal di Kampung Bandar Hilir.



Disiarkan pada: Oktober 14, 2024 @ 9:49pm

https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144308/reda-suami-pergi-selepas-kehilangan-bapa-mentua




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2024 02:41 PM | Show all posts
sepupu kawan ofis iols.. mmg terkenal dalam kampung sbb baik orangnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.037638 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list