View: 17047|Reply: 64
|
“Isteri Orang Pun Sama Menggedik” – Pertama Kali Live TikTok, Ragam Peminat Fattah Amin Jadi Tumpuan
[Copy link]
|
|
Tidak sampai sebulan bergelar duda kepada seorang anak, Fattah Amin menjadi tumpuan peminat gara-gara tampil pertama kali dalam live di TikTok.
Berterusan menambat hati warga may, video ‘live’ itu difahamkan berjaya meraih jumlah suka lebih 25 juta selain 50,000 tontonan.
Dalam siaran langsung itu, Fattah dilihat berkongsi benda-benda positif berserta doa-doa namun kehilangan idea hingga terpaksa membiarkan pengikut menatap wajahnya.
Maklum Fattah, dia mengakui masih tidak mahir dalam mengendalikan akaun TikTok dan mengucapkan terima kasih kerana ramai peminat tidak berhenti-henti memberikan ‘gift’ pada sesi berkenaan.
"Hendak cakap apa lagi, saya pun tak tahu. Tengoklah muka sahaja. Lagi pun semua di sini tak tahu tentang live. Mungkin selepas ini akan panggil team yang betul. Terima kasih kepada semua yang memberi hadiah."
Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah komen segelintir netizen terutamanya yang kelihatan tidak segan silu mengucapkan kata cinta dan suka.
Malah, ada juga yang sudah bergelar isteri orang meninggalkan komen yang sama di live tersebut.
Sekadar info, Fattah dan bekas isteri, pelakon Nur Fazura akhirnya berpisah pada 7 Oktober lalu setelah 7 tahun berumah tangga.
Pasangan itu yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 turut dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.
Sumber : Beautifulnara
|
|
|
|
|
|
|
|
fattah kot...
kalau soeb teh madu manis leting tu...sape nak menunggu. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg ada yg terlebih garit pun |
|
|
|
|
|
|
|
Maklum Fattah, dia mengakui masih tidak mahir dalam mengendalikan akaun TikTok dan mengucapkan terima kasih kerana ramai peminat tidak berhenti-henti memberikan ‘gift’ pada sesi berkenaan.
org dh kaya ko nk berikan gift lg, x paham aku.
and, betina2 garit yg keterlaluan ni korang marah tak kalau suami/bf korang terkinja2 live perempuan lain?? |
|
|
|
|
|
|
|
eh dah tu ada laki orang pi komen page elizebeth tan la yg seksi2 tu tak pe ke..
hahah sama je la laki ke bini sama naik.... |
|
|
|
|
|
|
|
Yang perempuan sebenarnya suka depa bercerai sebab ingat ada can la ngorat fattah. Fattah pun tengah hype ni tetiba pandai main TikTok pun gelenyar jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
nampak orang share live dia kat tiktok
cara percakapan pon macam org lembam
tak firm and tak bold langsung
|
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin acik2 melayu yg ni x pernah jumpa lelaki2 hensem...jd bila dpt berinteraksi dgn lelaki duda hensem...depa terus lupa status dan diri masing2 |
|
|
|
|
|
|
|
Acik2 5G:
GEDIK, GATAL, GELENYA, GARIT, GELETIS
|
|
|
|
|
|
|
|
gelenyar ya acik acik bini orang dengan fatah... jangan lupa walopon laki korang muka patah balik dorang jugak yang sudi memperisterikan korang... yihhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
arffa: Yang perempuan sebenarnya suka depa bercerai sebab ingat ada can la ngorat fattah. Fattah pun tengah hype ni tetiba pandai main TikTok pun gelenyar ju ... .
Perempuan dn/atau erempua2 mana yg suka Fattah bercerai?. Jglah berburuk sangka spt itu seolah2 awak nak samakan fikiran awak dgn fikiran orang lain.
Fatah dlm situasi dukacita. Kalau Fatah tetiba (tiba2?) pandai main tiktok, mungkin Fatah ingin ambil kesempatan escapism drp kesepian. Salah ke? Haruskah berprasangka spt apa yg awak sangkakan. Anggaplah apa yg Fatah buat adalah satu pendekatan untuk dia berubah demi menceriakan dirinya, menjadi lebih ramah mesra mungkin kerana jika dia tidak berbuat sesuatu, khuatir akan kemurungan. Tamparan digugat cerai dgn tohmahan2 aib drp pihak isteri tak mudah untuk Fatah hadapi. Selagi tidak melewati hukum akhlak, adat dn agama, berilah peluang merawat hatinya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang kita faham macam mana buku dia boleh laku dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian, tak sampai sebulan kena buang dengan bini terpaksa cari makan buat live tiktok..dah elok2 ko kerja dengan company bini sampai boleh pakai RR, buat perangai pulak..dasar! |
|
|
|
|
|
|
| |
|