View: 25543|Reply: 11
|
‘Saya anggap pujian’ – Hisyam Hamid okey dilabel ‘duda hot’
[Copy link]
|
|
Dilabel sebagai ‘duda hot’, pelakon Hisyam Hamid menyifatkan perkara tersebut sebagai pujian yang boleh memberikan kesan positif kepada dirinya.
Dalam masa sama, Hisyam, 38, bersyukur kini kian bangkit selepas bercerai dengan bekas isteri sebelum ini.
“Saya ambil sebagai pujian. Mungkin benda tersebut secara tak langsung ada impak positif.
“Alhamdulillah, sekarang saya gembira dengan kemajuan diri. Ini proses saya untuk bangun selepas jatuh,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.
Selain itu, pelakon drama Bunga Salju itu lebih selesa hidup bujang selain memberikan fokus kepada anak dan ibunya.
“Buat masa ini, saya selesa dengan hidup macam ini (duda). Kawan-kawan macam biasa dengan semua orang.
“Saya hanya mahu berikan tumpuan kepada anak-anak dan ibu saya,” ujarnya lagi.
Ditanya sekiranya terganggu dengan segala dugaan hidup, dia bagaimanapun menafikan perkara tersebut kerana sudah memahami rentak permainan industri seni.
“Saya okey sahaja, pada akhirnya kita adalah public figure (berpengaruh), benda macam ini mesti akan terjadi.
“Kalau berkahwin ataupun bujang ada gosip tersendiri dan boleh jangka perkara begini akan jadi.
“Apa yang paling penting, saya tahu jaga diri dan kerja saya,” jelasnya.
Sebelum ini, Hisyam menjadi perhatian ramai selepas mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan Rosmawati Hanafi atau lebih dikenali sebagai Mel.
Menerusi perkongsian hidup selama 18 tahun, pasangan terbabit dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15.
Sumber – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
makin darai...
ni mesti pengaruh pembawakan kpop |
|
|
|
|
|
|
|
Kini bebas
Pergi dari minda ini
Realiti
Merahnya di kasih suci
Kini bebas
Hilang dari rasa
Yang sering resah
Kerana cinta tiap masa
|
|
|
|
|
|
|
|
lupa pulak heols dah jadi duds |
|
|
|
|
|
|
|
sape yg label die duda hot..rsnye xde sape amik port pon..tiber lak keluar lepas FA menduda |
|
|
|
|
|
|
|
Tambah lg 1 kapel adik sayang,dh serai |
|
|
|
|
|
|
|
cikmah78 replied at 15-10-2024 02:31 PM
Tambah lg 1 kapel adik sayang,dh serai
fy dengan wife dia betul ke? xde org bukak benang pun |
|
|
|
|
|
|
|
betul,dh keluar kt semua medsos
|
|
|
|
|
|
|
|
hot ke pun...patah tu pun hot ke..kayu kayan jek |
|
|
|
|
|
|
|
tp die ni mmg wangi laaaa |
|
|
|
|
|
|
|
yang penting job dia back to back
ada je drama muka dia ni jadi lead pulak tu
ni jadi pakcik misai pulak berlakon dgn ummi
pergh mmg masyuk la
|
|
|
|
|
|
|
| |
|