Tanah runtuh: Jalan alternatif Ulu Legong, Tanjung Pari ditutup
Noorazura Abdul Rahman[email protected]
JALAN alternatif Ulu Legong dan Tanjung Pari ditutup kerana tanah runtuh. FOTO Adie Zulkifli
Baling: Jalan alternatif yang menghubungkan Ulu Legong dan Tanjung Pari di sini ditutup kepada semua kenderaan sejak petang tadi berikutan tanah runtuh.
Tinjauan di kawasan itu mendapati terdapat papan tanda penutupan jalan diletakkan di lokasi berkenaan.
Bagaimanapun penutupan jalan itu tidak menjejaskan pergerakan penduduk setempat kerana jalan utama yang menghubungkan Ulu Legong dan Tanjung Pari tidak terjejas.
Selain tanah runtuh di bahu jalan, turut kelihatan keretakan besar pada jalan berkenaan.
Baling dilanda hujan lebat berterusan sejak semalam, memaksa lebih 600 penduduk dari tiga mukim dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan sementara.
Disiarkan pada: Oktober 13, 2024 @ 10:17pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1144021/tanah-runtuh-jalan-alternatif-ulu-legong-tanjung-pari-ditutup
|