CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27296|Reply: 0

[Kedah] Air Empangan Muda melimpah

[Copy link]
Post time 13-10-2024 09:38 PM | Show all posts |Read mode
Air Empangan Muda melimpah

Oleh Noorazura Abdul Rahman - Oktober 13, 2024 @ 6:02pm [email protected]





Empangan MADA





ALOR SETAR: Paras air takungan Empangan Muda mencapai tahap 100 peratus penuh malam tadi selepas hujan lebih dua jam di kawasan sekitar.

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) empangan di bawah seliaan agensi itu menunjukkan peningkatan air tadahan.

"Paras air takungan Empangan Muda telah mencapai tahap 100 peratus penuh 100.59 meter pada jam 10.30 malam tadi dan meningkat ke paras 101.13 meter dengan kadar alir limpahan sebanyak 65.16 meter padu sesaat.

"Limpahan ini akan mengalir melalui lembangan Sungai Muda dan tidak akan memasuki kawasan sawah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu menyebut, MADA sudah mengambil tindakan dengan memberi maklumat awal kepada pihak yang terbabit mengenai kedudukan semasa takungan Empangan Muda serta maklumat limpahan yang berlaku.

Katanya, secara purata hujan di tadahan Empangan Pedu, Muda dan Ahning adalah masing-masing sebanyak 67 milimeter (mm), 130mm dan 47mm.

"Sehingga semalam, status keseluruhan kedudukan semasa takungan empangan di bawah seliaan MADA bagi ketiga-tiga empangan adalah sebanyak 311563 hektar bersamaan 62.95 peratus.

"Kapasiti takungan Empangan Pedu adalah sebanyak 179781 hektar bersamaan 50.77 peratus, Empangan Muda sebanyak 49240.1 hektar bersamaan 97.34 peratus dan Empangan Ahning sebanyak 82541.3 hektar bersamaan 91.46 peratus," katanya.

Terdahulu tular di media sosial notis yang dikeluarkan MADA mengenai pemakluman awal kemungkinan berlaku limpahan air di Empangan Muda daerah Sik bertarikh 10 Oktober 2024.

Notis itu menyebut pihak MADA menjangkakan Empangan Muda akan mula melimpah pada awal November mengikut unjuran takungan yang dibuat oleh pihak MADA.

Katanya, sekiranya berlaku limpahan atau terdapat keperluan untuk melepaskan air dari empangan Muda, pejabat ini akan memaklumkan kepada pihak kerajaan Negeri Kedah dan semua pihak berkaitan operasi pelepasan air berkenaan, terlebih dulu.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2024/10/1310326/air-empangan-muda-melimpah





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.040228 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list