CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30148|Reply: 0

[Kedah] Leonardo AW149 dipilih berdasarkan spesifikasi tentera, bukan awam - Mohd Asghar Khan

[Copy link]
Post time 13-10-2024 07:33 PM | Show all posts |Read mode
Leonardo AW149 dipilih berdasarkan spesifikasi tentera, bukan awam - Mohd Asghar Khan

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




Mohd Asghar Khan bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penyampai Sayap Penerbangan Kursus Asas Penerbangan 85/23 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter 65/23 Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM) di Kolej Tentera Udara. FOTO WAN NABIL NASIR.





Alor Setar: Helikopter Leonardo AW149 yang dipilih bagi menggantikan Nuri atau Sikorsky S-61, memenuhi keperluan penugasan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), selain ia dibina berdasarkan spesifikasi ketenteraan, bukannya awam.

Panglima Tentera Udara Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan berkata, spesifikasi AW149 ini jauh berbeza dengan helikopter jenis sama untuk kegunaan awam.

"AW149 dirasakan cukup sesuai untuk melaksanakan tiga penugasan utama iaitu mencari dan menyelamat (SAR), pencarian dan penyelamatan tempur (CSAR) serta utiliti.

"Dalam perkara ini, kami sudah pun menyenaraikan spesifikasi bermula daripada satu tahap tertentu, hingga ke tahap yang lebih tinggi bagi melaksanakan tugas-tugas berkenaan," katanya.

Menurut beliau, penilaian dijalankan terhadap AW149 kemudiannya mendapati ia memenuhi spesifikasi ditentukan TUDM.

"Sekiranya kita memilih untuk mendapatkan helikopter jenis lain, kita mungkin perlu mengeluarkan belanja lebih malah kos operasi AW149 ini juga mungkin lebih rendah daripada helikopter jenis lain," katanya.

Mohd Ashgar Khan berkata, pertimbangan sewajarnya sudah pun dilakukan dalam hal ini dan di pihak TUDM, setakat ini, tiada isu dengannya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Perbarisan Pemakaian Sayap Penerbangan Kursus Asas Penerbangan 85/23 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter 65/23 di Kolej Tentera Udara (KTU) dekat Kepala Batas, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Asghar Khan berkata, AW149 bakal diperoleh secara sewa beli dengan TUDM tidak perlu membuat sebarang penyelenggaraan terhadap helikopter berkenaan.

"Sekiranya kontrak sewa beli itu dimeterai untuk tempoh 15 tahun, itu bererti kami (TUDM) akan memperoleh aset terbabit selepas tempoh berkenaan.

"TUDM juga tidak perlu membuat sebarang penyelenggaraan, sebaliknya kerja-kerja itu akan dilakukan oleh kontraktor," katanya.

Pada masa sama, menurut beliau, TUDM juga akan melatih kru penyelenggaraan berkaitan AW149.

"Dalam erti kata lain, jika helikopter itu perlu dihantar ke mana-mana dalam keadaan tertentu, kami juga boleh melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan tanpa kehadiran kontraktor," katanya.



Disiarkan pada: Oktober 13, 2024 @ 4:24pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1143947/leonardo-aw149-dipilih-berdasarkan-spesifikasi-tentera-bukan-awam-mohd




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.055800 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list