CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30478|Reply: 0

[Kedah] Banjir Kedah: Dapur rumah ranap 'diterjah' banjir

[Copy link]
Post time 13-10-2024 06:56 PM | Show all posts |Read mode
Banjir Kedah: Dapur rumah ranap 'diterjah' banjir


Oleh Safuri Kamarudin - Oktober 13, 2024 @ 12:57pm  [email protected]




Dapur rumah Samsudin Nawang yang bersebelahan Sungai Ketil di Kampung Batu Lapan, Mukim Siong, Baling runtuh akibat banjir malam tadi. - Foto NSTP/Safuri Kamarudin





BALING: "Saya terkejut bunyi dentuman kuat di belakang rumah lalu bergegas ke belakang dan melihat dapur rumah serta bilik air runtuh di terjah arus banjir.

"Ketika kejadian jam 3 pagi, saya tidak tidur kerana berjaga-jaga sebab hujan sangat lebat dan rumah saya pula dekat Sungai Ketil," kata Samsudin Nawang, 60, dari Kampung Batu Lapan, Mukim Siong, dekat sini.

Katanya, pokok durian yang menjadi benteng di belakang dapur rumah turut tumbang menyebabkan air sungai menerjah tebing sehingga meruntuhkan dapur dan bilik air.

Beliau dan isteri, Azizah Rahim, 58, hanya mampu melihat dan berlari keluar ke tempat selamat kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz, berkata setakat ini jumlah mangsa dan keluarga terbabit masih dalam bancian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling kerana ada mangsa masih berpindah dan belum mendaftar di PPS.

"Hujan lebat petang semalam menyebabkan penduduk yang sering terjejas dengan banjir mula berpindah sejak jam 7 malam tadi hingga pagi ini," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1310178/banjir-kedah-dapur-rumah-ranap-diterjah-banjir






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.039252 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list