CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41165|Reply: 0

[Pulau Pinang] 6 pelakon opera ditahan salah guna pas lawatan sosial

[Copy link]
Post time 11-10-2024 10:13 PM | Show all posts |Read mode
6 pelakon opera ditahan salah guna pas lawatan sosial

Oleh Nur Izzati Mohamad - Oktober 11, 2024 @ 9:58pm  [email protected]




Jabatan Imigresen Pulau Pinang menjalankan operasi susulan menerima aduan berhubung sekumpulan warga asing tanpa permit sah membuat persembahan di pekarangan rumah ibadat di Butterworth. - Foto Facebook Jabatan Imigresen Pulau Pinang





BUTTERWORTH: Jabatan Imigresen Pulau Pinang mengesan enam warga asing yang memasuki negara ini sebagai pelancong, namun menyalahgunakan pas lawatan sosial apabila menjalankan aktiviti sebagai artis budaya dengan membuat persembahan opera.

Ia selepas pihak berkuasa itu menerima aduan daripada orang awam berhubung terdapat sekumpulan warga asing tanpa permit sah membuat persembahan di perkarangan rumah ibadat dekat sini, semalam.

Pengarah Imigresen negeri, Nur Zulfa Ibrahim, berkata susulan aduan yang diterima pihaknya menjalankan operasi sebelum menemui enam warga asing lengkap dengan kostum atas watak masing-masing yang sedang membuat persembahan.

"Enam mereka terdiri masing-masing dua lelaki dan dua wanita Taiwan serta dua wanita Singapura berusia antara 40 hingga 60 tahun.

"Semakan ke atas pasport mendapati mereka hanya diberikan pas lawatan sosial dan tiada sebarang kebenaran yang tercatat di dalamnya.

"Berikutan itu, mereka yang terbabit disyaki melanggar syarat-syarat pas selaras dengan peruntukan di bawah peraturan 11(7)(a) Peraturan-peraturan Imigresen 1963", katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik di laman sosial Facebook Jabatan Imigresen Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Jelasnya, berdasarkan peraturan semasa yang sedang berkuatkuasa mana-mana artis perlu membuat permohonan kepada Agensi Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) bagi mendapatkan kelulusan.

"Siasatan lanjut kini dilakukan dan sekiranya sabit kesalahan kesemua mereka bakal dikenakan tindakan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 yang membawa kepada hukuman penjara kepada tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya," katanya

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1309685/6-pelakon-opera-ditahan-salah-guna-pas-lawatan-sosial





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.260988 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list