CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37773|Reply: 0

[Kedah] Kilang proses produk kecantikan guna logo halal palsu dikompaun RM60,000

[Copy link]
Post time 8-10-2024 12:52 AM | Show all posts |Read mode
Kilang proses produk kecantikan guna logo halal palsu dikompaun RM60,000

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




Produk kecantikan yang diproses Dan dibungkus di sebuah kilang di Pokok Sena yang diserbu pihak berkuasa kerana menggunakan logo halal palsu. FOTO IHSAN KPDN





Alor Setar: Sebuah kilang memproses produk kecantikan di Pokok Sena yang pernah diserbu pada 19 Jun lalu, dikompaun RM60,000 kerana menggunakan logo halal palsu.

Produk yang dikeluarkan kilang tersebut tidak mendapat kebenaran daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) untuk berbuat demikian.

Serbuan yang dilakukan itu adalah hasil operasi bersepadu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah bersama Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK).

Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, serbuan itu membabitkan nilai rampasan keseluruhan lebih RM1.3 juta.

Beliau berkata, hasil siasatan lanjut yang dijalankan, Timbalan Pendakwa Raya bersetuju wujud pelanggaran di bawah Perenggan 4(1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 iaitu semua makanan dan barang-barang tidak boleh diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan cara lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam melainkan jika diperakukan sebagai halal oleh pihak berkuasa berwibawa.

"Pelanggaran perenggan ini membawa kepada suatu kesalahan di bawah Perenggan 8(a) Perintah yang sama.

"Pihak syarikat telah dikenakan kompaun sebanyak RM60,000," katanya.

Sehubungan itu, KPDN ingin memberi amaran keras kepada semua pihak supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan logo halal tanpa kebenaran daripada pihak berwibawa dan sentiasa mematuhi perundangan yang telah dikuatkuasakan dan menegaskan bahawa Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit.



Disiarkan pada: Oktober 7, 2024 @ 11:19pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1142033/kilang-proses-produk-kecantikan-guna-logo-halal-palsu-dikompaun-rm60000




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.237907 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list