Lelaki lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Tokong
Oleh BERNAMA - Oktober 6, 2024 @ 9:51pm
Foto hiasan.
GEORGETOWN: Seorang lelaki ditemukan lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Tokong hari ini.
Mayat A Sekar, 44, ditemukan terdampar di atas batu kira-kira 50 meter dari persisiran pantai pada jam 6.34 petang.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake, berkata berdasarkan siasatan, Sekar yang juga penduduk tempatan datang ke pantai terbabit untuk mandi bersama seorang rakan.
"Mangsa dikatakan berenang ke arah sebuah batu dan tidak balik ke pantai sebelum mayatnya ditemukan terdampar di situ.
"Mangsa dibawa ke darat oleh pasukan bomba dan kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang berada di lokasi," katanya.
Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1307525/lelaki-lemas-ketika-mandi-di-pantai-tanjung-tokong
|