CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47505|Reply: 1

[Kedah] Enam jam tahan sakit, cincin kahwin 'sangkut' pada jari manis

[Copy link]
Post time 6-10-2024 12:01 PM | Show all posts |Read mode
Enam jam tahan sakit, cincin kahwin 'sangkut' pada jari manis

Zuliaty Zulkiffli[email protected]





ANGGOTA BBP Sik membantu menanggalkan cincin yang tersekat di jari manis tangan kanan seorang wanita. FOTO ihsan BOMBA





Sik: Wanita menahan sakit hampir enam jam selepas cincin perkahwinan dipakainya gagal dikeluarkan akibat tersekat di jari manis tangan kanannya.

Mangsa berusia 21 tahun hadir ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik untuk mendapatkan bantuan, hari ini.

Ketua BBP Sik Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 8.53 pagi.

Menurutnya, mangsa ditemani suami dan anaknya datang ke balai bomba untuk mendapatkan bantuan memotong cincin berkenaan.

"Suri rumah itu memakai cincin perkahwinannya selepas sudah lama tidak memakainya, namun tidak menduga mula rasa sakit selepas beberapa jam kemudian.

"Mangsa cuba menanggalkannya dengan pelbagai cara termasuk menggunakan air sabun, minyak masak, losyen namun tidak berjaya sebelum datang ke balai bomba," katanya ketika dihubungi, di sini.

Menurutnya, pihaknya menggunakan peralatan khas bagi memotong cincin itu dan tiada kecederaan serius pada jari manis mangsa.



Disiarkan pada: Oktober 6, 2024 @ 10:33am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1141400/enam-jam-tahan-sakit-cincin-kahwin-sangkut-pada-jari-manis




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2024 12:47 PM | Show all posts
dh berapa lama x pakai cincin tu sis. kalau rasa ketat, tlg jgn pakai lama sgt. aku ni kalau pakai bbrapa minit rasa ketat terus buang jer la. kang x psl menujur abam bombah pulak. malu dapat, sedih pun dpt cincin tu mesti rosak wei..

turunkan berat badan je la solutionnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.040937 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list