CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 58862|Reply: 0

[Kedah] Malaysia perlu sedia penuhi keperluan RE yang semakin meningkat - Fadillah

[Copy link]
Post time 6-10-2024 12:53 AM | Show all posts |Read mode
Malaysia perlu sedia penuhi keperluan RE yang semakin meningkat - Fadillah


Oleh BERNAMA - Oktober 5, 2024 @ 11:41pm






Fadillah beramah mesra dengan tetamu jemputan pada Majlis Jamuan Jalinan Perpaduan Adun Sidam, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Siam dan Ketua-ketua Agensi bersama Timbalan Perdana Menteri di Sungai Petani malam ini. - BERNAMA




SUNGAI PETANI: Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata situasi berkenaan memberi cabaran kepada kerajaan dalam memastikan permintaan itu dapat disediakan, selain keperluan bekalan air untuk pelabur.

"Sekarang ini di Johor sahaja permintaan tenaga boleh baharu lebih kurang 8,000 megawatt, begitu juga bekalan air untuk menyejukkan pusat data.

"Maknanya kalau kita tidak bersedia, maka pelabur tidak akan datang. Sebab itu kita kena cari jalan bagaimana kita nak pastikan kita dapat membekalkan tenaga yang diperlukan oleh pelabur-pelabur," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Jalinan Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam, Badan Bukan Kerajaan Siam dan Ketua-Ketua Agensi di sini malam ini.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, berkata keadaan itu memerlukan rakyat khususnya golongan pekerja untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk memenuhi keperluan pelabur.

Beliau berkata, dalam hal itu Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) memainkan peranan penting dalam melahirkan tenaga kerja tempatan sesuai dengan keperluan semasa.

"Inilah yang dilaksanakan di bawah kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kita. Sebab itu TVET diberi tumpuan untuk kita latih, sekarang ini di bawah (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memberi tumpuan bagaimana kita nak pastikan TVET ini disebarluaskan," katanya.

Fadillah berkata, tanggungjawab memastikan rakyat Malaysia dilengkapkan dengan ilmu kemahiran baharu harus digalas semua pihak supaya ia dapat direalisasikan.

Turut hadir pada majlis itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari dan ADUN Sidam, Bau Wong Bau Ek.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1307150/malaysia-perlu-sedia-penuhi-keperluan-re-yang-semakin-meningkat






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.152886 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list