CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 59065|Reply: 0

[Pulau Pinang] Paip lain pula bocor, proses salur air kepada pengguna dijadual semula

[Copy link]
Post time 6-10-2024 12:47 AM | Show all posts |Read mode
Paip lain pula bocor, proses salur air kepada pengguna dijadual semula


Oleh Nur Izzati Mohamad - Oktober 5, 2024 @ 11:16pm [email protected]





Kerja pemasangan paip 1200 milimeter (mm) baharu sepanjang 180 meter di Jalan Permatang Pauh. - NSTP/DANIAL SAAD





BUTTERWORTH: Bekalan air untuk 118,000 pengguna terjejas di Seberang Perai Tengah dan Selatan yang sepatutnya disalurkan berperingkat mulai 10 malam tadi, terpaksa ditangguhkan kepada 12 tengah hari esok.

Ia susulan kebocoran baharu yang berlaku pada bahagian saluran paip utama sepanjang 1.2 meter di Jalan Pengkalan Tambang berhampiran Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, di sini pada jam 8 malam tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk K Pathmanathan, berkata saluran paip itu pecah apabila kakitangan berusaha meminimumkan kebocoran dengan mengetatkan bolt.

"Bahagian saluran paip pecah ini sebahagian daripada saluran paip air terawat sepanjang 1.2m menuju bahagian saluran paip baharu yang disambungkan di hadapan Politeknik Seberang Perai di Permatang Pauh yang siap hari ini.

"Berikutan itu, PBAPP tidak dapat mengepam air dari LRA Sungai Dua ke Permatang Pauh tanpa membaiki bahagian saluran paip Jalan Pengkalan Tambang yang pecah.

"PBAPP menjadualkan semula normalisasi perkhidmatan bekalan air untuk 118,000 pengguna di Seberang Perai Tengah dan Selatan kepada jam 12 tengah hari esok," katanya melalui kenyataan, hari ini.

Pathmanathan berkata, pihaknya memohon maaf atas kesulitan berlaku dan menegaskan kerja pembaikan kecemasan sedang dijalankan.

"Kita sedang berusaha dengan bekerja semalaman untuk membaiki saluran paip bocor itu," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1307146/paip-lain-pula-bocor-proses-salur-air-kepada-pengguna-dijadual






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.044166 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list