CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 60026|Reply: 0

[Kedah] Tragedi jatuh Gunung Machinchang: Kebajikan mangsa, keluarga diberi perhatian

[Copy link]
Post time 5-10-2024 02:13 PM | Show all posts |Read mode
Tragedi jatuh Gunung Machinchang: Kebajikan mangsa, keluarga diberi perhatian


Oleh Hamzah Osman - Oktober 5, 2024 @ 1:42pm [email protected]







Anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mengusung mayat Khairul Nizam (gambar kecil), yang terjatuh pada ketinggian 40 meter di lereng Gunung Machinchang, Langkawi. - Foto ihsan polis





LANGKAWI: Langkawi Skywalk Sdn Bhd (Langkawi Skywalk) akan memastikan kebajikan mangsa dan keluarga juruteknik yang maut terjatuh sewaktu melakukan kerja penyelenggaran Eagle's Nest Skywalk (ENS) di lereng Gunung Machinchang di sini, Khamis lalu, diberi perhatian sewajarnya.

Langkawi Skywalk adalah pemilik produk pelancongan, ENS, tempat mangsa, Allahyarham Khairul Nizam Jaafar, 41, bekerja.

Langkawi Skywalk dalam kenyataan, berkata Khairul Nizam bekerja sebagai juruteknik elektrik di syarikat itu.

"Untuk makluman, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sudah datang dan melakukan penyiasatan terhadap kejadian terbabit.

"Pihak kami memberikan kerjasama menyeluruh dalam membantu penyiasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Langkawi Skywalk berkata, pihaknya tidak akan mengabaikan kebajikan mangsa dan keluarganya serta bantuan akan diberikan mengikut saluran sedia ada.

"Pihak syarikat ingin menegaskan kawasan kemalangan bukanlah kawasan kunjungan awam. Kawasan lantai kaca tempat kunjungan awam kekal berada dalam keadaan selamat dan tidak terjejas," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, pihak syarikat juga mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di dalam semua keadaan.

"Bagi butiran hasil siasatan, pihak kami serahkan kepada pihak berkuasa yang terbabit," katanya.

Khamis lalu, media melaporkan, seorang juruteknik terjatuh sewaktu melakukan kerja penyelenggaraan di ENS, sebelum disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari dilaporkan berkata, Khairul Nizam dipercayai terjatuh dari besi penahan dek kaca pada ketinggian lebih kurang 40 meter ke lereng gunung.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1306961/tragedi-jatuh-gunung-machinchang-kebajikan-mangsa-keluarga-diberi






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.081322 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list