CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7139|Reply: 0

[Kedah] Cukuplah menipu, apa dosa, salah anak saya?

[Copy link]
Post time 3-10-2024 08:44 PM | Show all posts |Read mode
Cukuplah menipu, apa dosa, salah anak saya?


Redzuan Muharam[email protected]







TANGKAP layar video rakaman siaran langsung Bilal digunakan sindiket penipuan untuk mengaut untung. (kanan) AKAUN palsu sindiket penipuan yang dibuka untuk mengaut dana dengan nama Bilal FOTO Ihsan Mohammad Azhar Arzemi





Kulim: "Cukuplah menipu, anak saya pun sudah tiada. Apa dosa dan salah anak saya sampai jadi mangsa?".

Itu reaksi Mohammad Azhar Arzemi, 31, yang kecewa selepas imej dan rakaman video siaran langsungnya anaknya, Mohammad Bilal Yusra atau nama manjanya Bilal digunakan oleh individu dipercayai sindiket penipuan (scammer) yang melakukannya bagi mengumpul dana untuk kepentingan peribadi.

Menurut Mohammad Azhar, apa yang berlaku amat menyedihkan kerana Bilal sudah sembilan bulan meninggal dunia namun masih ada cuba mengambil kesempatan.

Mohammad Azhar juga kesal kerana ia berlarutan sejak sekian lama iaitu sewaktu Bilal masih ada lagi.

"Saya sudah lama sedar kewujudan individu menggunakan gambar dan video Bilal, seingat saya sejak mula berkongsi kisahnya di media sosial.

"Semua yang buat begitu menggunakan akaun palsu dan dapat maklumat selepas ada bertanya untuk dapatkan kepastian.

"Baru-baru ini, saya sendiri nampak video menggunakan gambar anak saya di TikTok dan sangat sedih mengenangkan mengapa mereka tergamak buat begitu ketika saya dengan isteri masih bersedih dengan ketiadaan anak," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Mohammad Azhar berkata, dia juga bercadang membuat laporan polis supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan ke atas individu terbabit.

Pada masa sama, Mohammad Azhar berharap orang ramai tidak terpedaya dengan mana-mana individu yang menggunakan gambar atau video lama anaknya itu.

"Saya memang dalam kesempitan dan perlukan dana untuk anak sulung, istimewanya, Nur Khaulah Al Azwar Mohammad Azhar, 5, menjalani rawatan susulan akibat masalah tulang belakang bengkok.

"Tapi bila tersiarnya video dan gambar lama Bilal buat ramai salah sangka sedangkan Bilal sudah tiada.

"Jadi, mereka yang nak bantu boleh menghubungi saya di talian 010-219 5301 untuk kepastian atau menghulurkan sumbangan melalui akaun CIMB bernombor 7047468689 atas nama Mohammad Azhar Arzemi kerana hanya itu akaun yang sah," katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan penyakit Bilal yang menderita akibat kecacatan tempurung kepala atau Alobar Holoprosencaphly.

Berikutan itu, kepalanya membesar hingga pernah mencapai berat 28 kilogram (kg).

Bilal memerlukan penjagaan rapi yang menyebabkan kedua ibu bapanya tidak dapat bekerja tetap walaupun kesempitan wang.

Pada 15 Disember tahun lalu, Bilal dilaporkan meninggal dunia di pangkuan ibu bapanya di rumah mereka di Kampung Sungai Ular, dekat sini.



Disiarkan pada: Oktober 3, 2024 @ 7:50pm

https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1140557/cukuplah-menipu-apa-dosa-salah-anak-saya





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.042108 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list