CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7203|Reply: 0

[Perlis] GISBH tidak pernah bayar zakat di Perlis

[Copy link]
Post time 3-10-2024 07:40 PM | Show all posts |Read mode
GISBH tidak pernah bayar zakat di Perlis


Oleh Aizat Sharif - Oktober 3, 2024 @ 4:42pm [email protected]










KANGAR: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengesahkan bahawa GISB Holdings (GISBH) tidak pernah menunaikan sebarang pembayaran zakat menerusi perniagaan yang dijalankan di negeri itu, sebelum ini.

GISBH menjalankan perniagaan perkhidmatan mencuci pakaian, restoran, pasar mini, bakeri roti dan pastri serta pusat servis dan mengecat kenderaan menerusi rangkaian seperti Ikhwan Bakery, Ikhwan Laundry, Ikhwan Mart, Kafe Ikhwan dan Berkat Auto and Spray yang terletak di Kuala Perlis.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkata, berdasarkan semakan rekod pihaknya, tiada satu pun info sebarang urusan pembayaran zakat yang dijalankan oleh organisasi berkenaan di negeri ini.

"Semakan kita mendapati tiada info bayaran (zakat) di Perlis dari syarikat berkenaan," katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mengesahkan tidak pernah menerima sebarang jenis bayaran zakat daripada GISBH dan ia diikuti dengan pengesahan daripada Majlis Agama Islam meskipun masing-masing terdapat banyak premis perniagaan organisasi berkenaan di negeri berkenaan.

Sebelum ini, pendedahan demi pendedahan dilakukan di media massa apabila GISBH turut didapati tidak pernah membayar cukai kepada negara meskipun sudah bertahun-tahun menjalankan perniagaan sehingga berskala besar serta mengaut keuntungan yang banyak.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis baru-baru ini turut memutuskan bahawa kepercayaan dan ajaran dalam GISBH didapati mengandungi unsur ajaran sesat khususnya batiniah.

Selain itu, jawatankuasa berkenaan yang meneliti pengoperasian aktiviti ekonomi GISBH, menyimpulkan bahawasanya model ekonomi yang diamalkan bukanlah model ekonomi Islam yang sebenar.

Malah, ia bercanggah dengan prinsip ekonomi Islam kerana mempunyai unsur penindasan dan perhambaaan terhadap mereka yang terbabit serta eksploitasi ke atas ahli, kanak-kanak, wanita dan keluarga demi kepentingan pihak yang dikultuskan.

Keputusan itu menjadikan Perlis sebagai negeri pertama yang mengisytiharkan organisasi berkenaan sebagai satu kumpulan ajaran sesat.

Fatwa berkenaan dikeluarkan setelah menerima bukti yang meyakinkan untuk jawatankuasa berkenaan memutuskan bahawa organisasi berkenaan sesat.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2024/10/1306166/gisbh-tidak-pernah-bayar-zakat-di-perlis






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.607785 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list