CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7548|Reply: 0

[Perlis] 'Bantu ahli GIBSH mulakan hidup baru selepas bertaubat, boleh guna duit zakat'

[Copy link]
Post time 3-10-2024 06:48 PM | Show all posts |Read mode
'Bantu ahli GIBSH mulakan hidup baru selepas bertaubat, boleh guna duit zakat'


Oleh Aizat Sharif - Oktober 3, 2024 @ 5:17pm [email protected]











KANGAR: Umat Islam di negara ini digesa membantu bekas ahli GISB Holdings (GISBH) kembali memulakan kehidupan baharu mengikut landasan Islam sebenar.

Bagaimanapun, mereka perlu memulihkan akidah masing-masing dengan bertaubat terlebih dulu dan tidak lagi mengikut ajaran kumpulan berkenaan.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata jika semua prosedur pemulihan sudah diikuti ahli kumpulan terbabit, mereka perlu dibantu termasuk daripada segi kewangan seperti modal perniagaan bagi memulakan kehidupan baharu itu.

"Ahli kumpulan GISBH perlu bertaubat dan berhijrah dengan meninggalkan kelompok itu bagi memulakan kehidupan baharu.

"Mereka perlu sokongan kewangan, contohnya hendak sewa rumah bawa anak isteri, jadi kita kena bantu menggunakan wang zakat.

"Itu juga yang ditekankan dalam fatwa negeri ini, kita bukan saja menghukum tetapi memberi penyelesaian jalan keluar kepada isu ini dengan memberi perlindungan untuk mereka.

"Zakat boleh digunakan pada sasaran yang betul, manakala pihak korporat juga boleh memberi kepada golongan ini kalau mereka memerlukan pekerjaan dalam membina semula hidup," katanya pada sesi Podcast Fikrah dan Hujah yang membahaskan tajuk "Selepas Geledah, Apa Penyelesaian" di sini, baru-baru ini.

Pada 23 September lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menasihatkan dan menggesa ahli GISBH yang kini tanpa arah tuju serta tiada tempat tinggal supaya tampil kepada pihak berkuasa supaya dapat dibantu.

Sebelum ini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan kepercayaan dan ajaran dalam GISBH didapati mengandungi unsur ajaran sesat khususnya batiniah.

Keputusan itu menjadikan Perlis negeri pertama mengisytiharkan organisasi berkenaan sebagai satu kumpulan ajaran sesat.

Mohd Asri berkata, fatwa berkenaan dikeluarkan selepas menerima bukti meyakinkan untuk jawatankuasa berkenaan memutuskan organisasi itu sebagai sesat.

"Selain itu, selepas meneliti pengoperasian aktiviti ekonomi GISBH, jawatankuasa fatwa menyimpulkan model ekonomi yang diamalkan bukanlah model ekonomi Islam sebenar.

"Ia bercanggah dengan prinsip ekonomi Islam kerana mempunyai unsur penindasan dan perhambaan terhadap mereka yang terbabit serta eksploitasi ke atas ahli, kanak-kanak, wanita serta keluarga demi kepentingan pihak yang dikultuskan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1306190/bantu-ahli-gibsh-mulakan-hidup-baru-selepas-bertaubat-boleh-guna






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.809481 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list