CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30821|Reply: 0

[Kedah] Mangsa banjir di Kedah kembali meningkat

[Copy link]
Post time 29-9-2024 07:24 PM | Show all posts |Read mode
Mangsa banjir di Kedah kembali meningkat


Oleh Zuliaty Zulkiffli - September 29, 2024 @ 6:16pm [email protected]







Keadaan Kampung Padang Luar di Padang Terap yang dilanda banjir untuk kali kedua dalam tempoh kurang seminggu. - NSTP/ WAN NABIL NASIR.





ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir Kedah meningkat kepada 856 mangsa daripada 285 keluarga yang dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.

Jumlah itu dilaporkan setakat jam 5.44 petang hari ini, berbanding 470 mangsa daripada 164 keluarga pada 12 tengah hari tadi.

Semua mangsa banjir ditempatkan di tiga PPS di daerah Kubang Pasu dan empat PPS di Pokok Sena.

Bagaimanapun, sebuah PPS di daerah Padang Terap yang dibuka semalam, ditutup sepenuhnya hari ini selepas air surut sepenuhnya di daerah itu.

Laman Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, mangsa banjir di Pokok Sena membabitkan 564 mangsa daripada 179 keluarga di empat PPS di daerah itu.

Daerah Kubang Pasu merekodkan 292 mangsa daripada 106 keluarga di tiga PPS.

Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, lima sungai di Kedah masih melepasi paras bahaya.

Antara sungai terbabit ialah Sungai Padang Terap di Kepala Batas dan Sungai Laka di Kampung Padang Pasir di daerah Kubang Pasu; Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR di daerah Kota Setar, selain Sungai Perik di Padang Terap.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1304502/mangsa-banjir-di-kedah-kembali-meningkat






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.051973 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list