CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16886|Reply: 0

[Pulau Pinang] Jom Heboh PP meriah dengan lelongan, pemberian barangan percuma

[Copy link]
Post time 29-9-2024 01:10 PM | Show all posts |Read mode
Jom Heboh PP meriah dengan lelongan, pemberian barangan percuma

Oleh Zuhainy Zulkiffli - September 29, 2024 @ 12:59pm [email protected]







Pengunjung mendapatkan produk maruku ksyok pada harga istimewa di Karnival Jom Heboh (KJH) Stadium Negeri Batu Kawan, hari ini. - Foto NSTP/Danial Saad





BATU KAWAN: Karnival Jom Heboh (KJH) Pulau Pinang di sini, yang memasuki hari ketiga dan terakhir hari ini meriah dengan pelbagai aktiviti termasuk lelongan barangan selain ditawarkan pada harga rendah dan diberikan percuma.

Tinjauan di lokasi jam 12 tengahari tadi, juga mendapati bilangan pengunjung semakin bertambah dengan kebanyakannya tidak melepaskan peluang bertemu dengan beberapa selebriti terkenal sempena Jelajah Anugerah Bintang Popular (ABPBH) 2024.

Turut menjadi tumpuan adalah di reruai The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) yang menyaksikan kehadiran selebriti Ally Iskandar dan Syamira Nazir. Mereka dijangka mengumumkan pemenang Pencarian Wartawan Cilik jam 5 petang ini.

Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Projek Khas NSTP, Tengku Kaifimirza Tuan Cherit @tengku Hamzah berkata bagi memeriahkan lagi reruai itu, pihaknya turut mengadakan pengagihan produk barangan kepada pengunjung ketika 'happy hour' oleh penaja seperti BERNAS, Nestle dan Yakult.

"Sebanyak 100 pek beras 250 gram tajaan BERNAS diberikan kepada pengunjung selain pek satu kilogram gula oleh Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR)," katanya ketika ditemui.

Dalam pada itu, pengasas Appau Produce Sdn Bhd, A Swarithaa berkata pihaknya mengadakan lelongan pelbagai jenis maruku campuran kekacang yang terkenal di Pulau Pinang pada harga RM10 bagi setiap lima bungkusan.

Katanya, lelongan itu berlangsung sehingga jam 10 malam ini.

"Maruku yang kita jual ini adalah jenama Ksyok. Ia dibuat sendiri di kilang kami dan menerima sijil halal serta MeSTI. Biasanya lima bungkusan ini dijual pada harga RM20.

"Hari ini sempena hari terakhir KJH Pulau Pinang, ia ditawarkan pada harga RM10. Ia menjadi pilihan pelbagai lapisan masyarakat ketika musim perayaan dan bagi acara lelongan ini membabitkan sebanyak 3,000 set.

"Kami gembira dapat menyertai KJH Pulau Pinang kali ini kerana sambutannya amat menggalakkan," katanya ketika ditemui.

Sementara itu, pelbagai produk keluaran syarikat Julie's juga boleh didapati di tapak karnival pada harga potongan sehingga 30 peratus.

Acara lelongan produk mereka berlangsung sehingga jam 9 malam ini.

Pengunjung boleh mendapatkan barangan pada harga diskaun sehingga 30 peratus. Antaranya Julie's Charm yang dijual pada harga RM10 berbanding RM18.50 harga asal.

Selain itu, Love Letters Chocolate dan Sweet Chilli Cheese yang dijual pada harga RM15 berbanding harga asal iaitu masing-masing RM22 dan RM21.20.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1304350/jom-heboh-pp-meriah-dengan-lelongan-pemberian-barangan-percuma





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.182483 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list