CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17730|Reply: 0

[Kedah] LTdL 2024: Izzat muncul pelumba terbaik Malaysia

[Copy link]
Post time 29-9-2024 12:18 PM | Show all posts |Read mode
LTdL 2024: Izzat muncul pelumba terbaik Malaysia


Sukhairi Thani - September 29, 2024 @ 12:07pm[email protected]







Aksi pelumba TSG, Nur Aiman Rosli pada perlumbaan Le Tour de Langkawi peringkat pertama. - NSTP/Aizuddin Saad





LANGKAWI: Biarpun menamatkan perlumbaan Peringkat 1 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 selaku pelumba terbaik Malaysia, pelumba Malaysia Pro Cycling (MPC), Mohammad Izzat Hilmi Abdul Halil masih belum berpuas hati sepenuhnya.

Ia memandangkan sasarannya untuk memijak podium sulungnya di pentas perlumbaan berprestij Asia itu masih belum kesampaian sejak mula membuat kemunculan pertama pada tahun 2015.

Pelumba berusia 29 tahun itu menamatkan perlumbaan Peringkat 1 di Pulau Langkawi sejauh 96.5 kilometer (km) - yang berlangsung dalam cuaca hujan di awal perlumbaan dan panas sehingga ke garisan penamat - di tempat ketujuh untuk muncul selaku pelumba terbaik Malaysia.

Izzat merumuskan perlumbaan hari ini sebagai positif namun akan tetap meneruskan sasarannya itu pada Peringkat 2 dari Arau ke Butterworth, esok.

"Perlumbaan hari ini agak basah, hujan dan permukaan licin. Rakan sepasukan banyak membantu di awal saingan. Kedudukan saya agak ke belakang pada 1km terakhir tetapi saya cuba mengejar kelompok depan dengan menggunakan tenaga yang banyak."Saya terus mencuba dan pada 500 meter (m) terakhir itu, berada dalam kelompok 10 terbaik. Jadi saya cuba memecut sebaik mungkin dan dapat penamat ini.

"Secara keseluruhan, saya boleh katakan berpuas hati jugalah. Sebenarnya sasaran saya nak berada di podium tapi di Peringkat 1 ini, tidak kesampaian.

"Apapun, bersyukur kerana semuanya selamat dan tidak ada kecederaan. Saya memang tidak akan berpuas hati selagi tak ke podium dan akan terus mencuba," kata Izzat.

"Esok saingan LTdL 2024 beralih ke perlumbaan Peringkat 2 dari Arau ke Butterworth sejauh 154.5km, membabitkan tiga zon pecutan di Jitra, Menara Alor Setar dan Sungai Petani yang pastinya akan digunakan sebaiknya oleh pakar pecut termasuk Izzat sendiri.

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2024/09/1304334/ltdl-2024-izzat-muncul-pelumba-terbaik-malaysia






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.043990 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list