CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17259|Reply: 0

[Kedah] 'Saya hilang pelajar yang baik dan rajin'

[Copy link]
Post time 29-9-2024 11:50 AM | Show all posts |Read mode
'Saya hilang pelajar yang baik dan rajin'


Zuliaty Zulkiffli[email protected]







NORHIDAYAH gagal menahan sebak apabila menceritakan semula kenangan bersama pelajarnya, Muhammad Rosman (gambar kecil) yang ditemukan lemas. FOTO Zuliaty Zulkiffli.





Padang Terap: "Saya kehilangan seorang pelajar yang baik dan rajin.

"Kali terakhir bertemu dengan Muhammad Rosman, pagi semalam ketika dia menaiki motosikal bersama ibunya kira-kira 30 minit sebelum tragedi itu berlaku dan itulah kali terakhir saya nampak dia ," kata Norhidayah Shaari, 40.

Norhidayah adalah guru kelas yang mengajar Muhammad Rosman selama tempoh enam tahun ini.

Menurutnya, Muhammad Rosman, 19 adalah orang kurang upaya (OKU) pembelajaran dan mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SMK Padang Terap,di sini.

Katanya, dia terkejut dan tidak menyangka apabila menerima berita pelajar dihanyutkan arus deras.

"Sebaik tiba di lokasi, saya sempat tengok Rosman dan ibunya hilang sambil menyebut namanya beberapa kali.

"Saya sebut... "Timbullah Rosman, timbul cepat sebelum walau dalam apa jua keadaan sekalipun".

"Alhamdulillah, tidak sampai 10 minit mayat Rosman berjaya dijumpai pasukan penyelamat," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Menurutnya, dia ternampak dua beranak itumenaiki motosikal sewaktu dia dalam perjalanan ke sekolah untuk melihat projek cendawan yang diusahakan mereka.

"Dalam hati saya berkata, awalnya dua beranak ini keluar tanpa memikirkan perkara lain.

"Tidak lama kemudian saya diberitahu Rosman dan ibunya dihanyutkan arus deras banjir," katanya yang gagal menahan kesedihan.

Norhidayah berkata, dia juga berjanji akan mencari pekerjaan yang sesuai untuk Muhammad Rosman sekiranya tamat sekolah nanti.

Katanya, semuanya itu tinggal kenangan buatnya malah akan simpan kenangan dan gambar arwah sampai bila-bila.

"Memang arwah Rosman sangat baik.. minta tolong apapun dia akan tolong.. memang sedihlah rasa," katanya.

Dalam kejadian semalam, dua beranak, Muhammad Rosman Rohadi, 19, dan ibunya, Salmah Mat Zain, 46, dihanyutkan arus deras ketika hendak pulang ke rumah mereka di Kampung Tanjung selepas membeli nasi lemak di Kampung Pisang.

Dua beranak itu menaiki motosikal sebelum meninggalkan motosikal di rumah seorang diri dan berjalan kaki mengharungi kawasan jalan yang dinaiki air akibat banjir kira-kira jam 8 pagi, semalam.

Bagaimanapun, mayat Muhammad Rosman ditemui pada jam 5.25 petang oleh pasukan penyelamat selepas 10 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan di lokasi pencarian semalam.



Disiarkan pada: September 29, 2024 @ 11:30am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1138832/saya-hilang-pelajar-yang-baik-dan-rajin





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.770683 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list