Batu Kawan: Seramai 100 orang yang berkunjung ke reruai The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) di Karnival Jom Heboh (KJH) Pulau Pinang pada jam 5 petang ini akan menerima pek gula sekilogram (kg) secara percuma
Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Projek Khas NSTP Tengku Kaifimirza Tuan Cherit
@tengku Hamzah, berkata, pek gula berkenaan adalah sumbangan daripada penaja, Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR).
Katanya, pemberian itu dilakukan oleh Pengarang Urusan Kumpulan NSTP Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.
"Ia diberi semasa 'happy hour' pada jam 5 petang ini dan ia adalah sebahagian usaha bagi memeriahkan acara di karnival selain sebagai ucapan terima kasih kepada pengunjung.
"Kita jangkakan seramai 2,000 pengunjung ke reruai NSTP sepanjang dua hari bagi menyertai aktiviti Pencarian Wartawan Cilik dan Pet Zootopia dan berpeluang mendapatkan barangan daripada penaja Julie's, Nestle dan Maggi," katanya ketika ditemui di sini.
KJH selama tiga hari bermula semalam menampilkan pelbagai program dan aktiviti dan pengunjung juga berpeluang beramah mesra bersama artis sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).
Sementara itu suasana di Pet Zootopia meriah dengan kunjungan penyampai radio dan penyanyi, Haiza Hanafi yang turut serta dalam jelajah Anugerah Bintang Polular Berita Harian (ABPBH) 2024.