CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7483|Reply: 2

[Pulau Pinang] TNB jamin projek kabel bawah tanah Bayan Lepas siap ikut jadual

[Copy link]
Post time 28-9-2024 11:01 AM | Show all posts |Read mode
TNB jamin projek kabel bawah tanah Bayan Lepas siap ikut jadual


Zuhainy Zulkiffli[email protected]







FOTO HIASAN.





Bayan Lepas: Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah mengambil tindakan segera bagi membaiki jambatan kabel yang runtuh di tapak projek kabel bawah tanah 275kV dari Pencawang Masuk Utama (PMU) Bayan Lepas ke PMU Intel di sini.

TNB dalam kenyataan berkata, kejadian itu berlaku pada 26 September lalu dan tiada gangguan bekalan berlaku memandangkan ia adalah projek baharu yang belum dimulatugas.

"Kita ambil maklum berhubung insiden berkenaan dan kerja memperkukuh jambatan kabel sedang giat dijalankan termasuk penambahan cerucuk di bahagian tengah bagi meningkatkan kekuatan struktur.

"Siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti punca runtuhan dan merangka pelan mitigasi untuk mengelak kejadian serupa pada masa hadapan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut TNB turut memberi jaminan bahawa projek itu akan disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

"Pihak Intel dimaklumkan mengenai situasi ini dan TNB memberi jaminan bahawa insiden ini tidak menjejaskan projek lain di Pulau Pinang," katanya lagi.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari berkata, jambatan berkenaan runtuh akibat struktur binaan yang tidak dapat menampung berat kabel 275kV.

Katanya, kejadian berlaku di Cable Bridge nombor satu di kawasan syarikat Motorola, sebahagian daripada projek yang menghala ke syarikat Intel di sini.



Disiarkan pada: September 28, 2024 @ 10:15am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1138461/tnb-jamin-projek-kabel-bawah-tanah-bayan-lepas-siap-ikut-jadual





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2024 11:51 AM | Show all posts

Sebahagian jambatan kabel yang runtuh di tapak projek kabel bawah tanah 275kV dari Pencawang Masuk Utama (PMU) Bayan Lepas ke PMU Intel.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2024 11:51 AM | Show all posts

Kejadian tersebut disebabkan struktur binaan yang tidak dapat menampung berat kabel 275kV.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.332548 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list