CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6810|Reply: 0

[Pulau Pinang] Najis tikus bersepah, 3 restoran diarah ditutup 14 hari

[Copy link]
Post time 28-9-2024 10:07 AM | Show all posts |Read mode
Najis tikus bersepah, 3 restoran diarah ditutup 14 hari


Zuhainy Zulkiffli[email protected]







Enam warga asing ditahan dalan Operasi Bersepadu oleh Jabatan Pelesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang. FOTO IHSAN MBPP





Georgetown: Penemuan najis tikus di lantai dapur dan tempat cucian ketika pemeriksaan dalam Operasi Bersepadu kelmarin menyebabkan tiga premis makanan di bandar raya ini diberi notis penutupan 14 hari.

Operasi pada 8 malam itu membabitkan Jabatan Pelesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang.

MBPP menerusi kenyataannya berkata, pemeriksaan membabitkan premis di Lebuh Tek Son, Jalan Penang dan Lebuh Pantai.

"Ketiga-tiga premis makanan itu diarah tutup serta-merta selama empat 14 hari berkuat kuasa 26 September.

"Kesemua premis itu juga gagal menyediakan kawalan makhluk perosak secara berjadual," menurut kenyataan di Facebook, semalam.

Tindakan itu dilakukan mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Establisymen Makanan MPPP 1991.

Menurut MBPP, pemeriksaan oleh JIM turut menahan seramai enam warga asing yang bekerja di dua daripada premis makanan berkenaan.

"Lima daripadanya tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, manakala seorang disyaki melanggar Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan," katanya.



Disiarkan pada: September 28, 2024 @ 8:51am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1138446/najis-tikus-bersepah-3-restoran-diarah-ditutup-14-hari





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.111708 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list