CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30151|Reply: 1

[Pulau Pinang] Pet Zootopia dan Pencarian Wartawan Cilik di reruai NSTP jadi tarikan KJH Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 27-9-2024 08:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 27-9-2024 08:42 PM

Pet Zootopia dan Pencarian Wartawan Cilik di reruai NSTP jadi tarikan KJH Pulau Pinang



]Zuhainy Zulkiffli[email protected]





Batu Kawan: Reruai The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) di Karnival Jom Heboh (KJH) Pulau Pinang yang bermula hari ini, meriah dengan pengunjung.

Antara menjadi tarikan pengunjung ialah Pet Zootopia dengan pameran lebih 20 haiwan termasuk eksotik yang manja dan boleh dibelai.

Juga tidak ketinggalan Pencarian Wartawan Cilik yang memberi peluang kepada kanak-kanak 'melapor berita di lokasi'.

Pengunjung dari Baling, Kedah, Md Kudus Yaakob, 45, berkata, dia datang ke karnival berkenaan bersama isteri serta dua anak.

Katanya, dia mendapat maklumat mengenai aktiviti menarik di reruai NSTP menerusi laporan berita dalam talian semalam.

"Hari ini cuti sekolah di Kedah jadi saya ambil peluang membawa isteri dan anak meluangkan masa di sini.

"Anak sulung saya (Mohd Amsyar, 8) juga tidak melepaskan peluang mencuba bakat dalam Pencarian Wartawan Cilik.

"Mohd Amsyar beritahu bahawa dia berasa gementar ketika memegang mikrofon berlogo NSTP, seolah-olah menjadi wartawan sedang melapor berita," katanya yang bekerja kampung.

Sementara itu, Hatijah Hashim, 39, dari Sungai Petani, Kedah berkata, aktiviti di Pet Zootopia antara yang dinantikan tiga anaknya berusia empat hingga 12 tahun.

"Sejak semalam lagi anak-anak mengulang pertanyaan sama ada boleh bawa mereka tengok haiwan jinak dan sepanjang di sini, mereka amat teruja.

"Kami antara pengunjung setia KJH dan didapati kali ini, kemeriahannya terasa walaupun pada hari pertama selain kemudahan yang memuaskan," kata kakitangan awam itu ketika ditemui.

Sementara itu, Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan dan Projek Khas NSTP, Wan Fadzly Hizam Wan Kadir berkata, reruai NSTP yang menempatkan Pet Zootopia itu dijangka menarik seramai 1,000 pengunjung sehari.

Katanya, harga tiket yang ditawarkan ialah sebanyak RM6 dan RM20 bagi kemasukan empat pengunjung.

"Setiap pengunjung yang membeli empat tiket akan menerima barangan daripada penaja seperti Nestle dan CSR.

"Bagi Pencarian Wartawan Cilik pula, yuran yang dikenakan ialah sebanyak RM30 termasuk tiket ke Pet Zootopia ," katanya.

Aktiviti pencarian itu ​terbuka kepada penyertaan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun yang petah, berani dan mesra dengan haiwan di reruai NSTP.

Peserta perlu memuatnaik video yang dirakam ke media sosial dan pemenang akan diumumkan pada 29 September jam 5 petang.

KJH Pulau Pinang yang berlangsung selama tiga hari sehingga 29 September ini, bermula seawal jam 9 pagi.



Disiarkan pada: September 27, 2024 @ 4:10pm



ANTARA kanak-kanak yang mencuba aktiviti ‘Pencarian Wartawan Cilik’ ketika berkunjung ke Pet Zootopia di KJH Stadium Negeri Batu Kawan. FOTO Danial Saad
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1138268/pet-zootopia-dan-pencarian-wartawan-cilik-di-reruai-nstp-jadi-tarikan-kjh




https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tp-jadi-tarikan-kjh


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2024 08:42 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.150255 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list