CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30967|Reply: 0

[Perlis] Anggota polis nyaris maut angkara pencuri kabel

[Copy link]
Post time 27-9-2024 08:07 PM | Show all posts |Read mode
Anggota polis nyaris maut angkara pencuri kabel


Aizat Sharif[email protected]







AHMAD Mohsin (kanan) menunjukkan suspek curi kabel yang ditahan hari ini. FOTO Aizat Sharif.





Arau: Dua anggota polis nyaris maut selepas cuba dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki empat lelaki di Jalan Arau-Kangar berhampiran Taman Jejawi Permai, di sini hari ini.

Dalam kejadian 4.20 pagi itu, polis juga terpaksa melepaskan lima das tembakan ke arah kenderaan terbabit sebelum semua suspek berusia antara 20 hingga 34 ditahan, manakala sejumlah kabel telekomunikasi yang ditemukan dalam SUV dirampas.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, kejadian berlaku ketika pasukan empat anggota Cawangan D4, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis sedang melakukan rondaan Op Kabel/Kesan/Op Lejang.

Katanya, apabila melalui persimpangan lampu isyarat di lokasi berkenaan, pasukan mengesan SUV berkenaan yang mencurigakan.
"Pasukan cuba menahan SUV itu namun, pemandunya enggan memberi kerjasama dan bertindak memecut laju serta melanggar kereta polis.




"Suspek juga cuba merempuh dua anggota polis yang berada di luar kereta ketika mahu menahan mereka," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ahmad Mohsin berkata, polis mengejar SUV itu sejauh 700 meter sebelum lima das tembakan dilepaskan dan kenderaan terhenti di laluan masuk Taman Jejawi Permai.

"Keempat-empat suspek berjaya ditangkap selepas berlaku pergelutan dan seorang daripada suspek cedera ringan di kening kiri," katanya.

Beliau berkata, semakan mendapati semua suspek berasal dari Sungai Petani, Kedah dan dua daripada mereka yang berusia 20 tahun mempunyai satu rekod kesalahan membabitkan dadah.

Katanya, seorang lagi suspek yang berusia 34 tahun pula mempunyai enam rekod jenayah dan dadah.

"Menerusi penahanan ini, kita turut merampas pelbagai peralatan mencuri seperti pemutar skru, pemotong wayar, pemotong kabel, penukul besi, pembuka lubang kabel, tali 'strap' dan gergaji.

"Turut dirampas 150 meter kabel telekomunikasi milik TM, kad Touch N Go, telefon bimbit dan Proton X70 yang digunakan," katanya yang tidak menolak kemungkinan suspek berpengetahuan dalam kerja memotong dan melerai kabel jenis tembaga.

Katanya, kabel berkenaan juga akan dileraikan secara kecil dan dijual dengan harga boleh mencecah RM20 sekilogram.

"Buat masa ini, modus operandi mereka dan selama mana mereka beroperasi masih dalam siasatan," katanya.



Disiarkan pada: September 27, 2024 @ 7:22pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1138323/anggota-polis-nyaris-maut-angkara-pencuri-kabel





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.380259 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list