CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30959|Reply: 0

[Pulau Pinang] Keluarga dua pelancong China maut ditimpa pokok, konkrit terima RM10,000

[Copy link]
Post time 27-9-2024 08:04 PM | Show all posts |Read mode
Keluarga dua pelancong China maut ditimpa pokok, konkrit terima RM10,000


Zuhainy Zulkiffli[email protected]







Adun Komtar Teh Lai Heng (kanan) menyerahkan wang sumbangan RM10,000 kepada keluarga mangsa. FOTO IHSAN PUSAT KHIDMAT AHLI PARLIMEN TANJONG





Georgetown: Keluarga dua mangsa yang maut akibat tersepit di dalam sebuah kenderaan yang dihempap pokok tumbang bersama runtuhan konkrit pada 18 September lalu menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tanjong.

Ahli Parlimen terbabit, Lim Hui Ying berkata, pemberian sebanyak RM5,000 seorang itu diberi sebagai sumbangan takziah kepada keluarga dua beranak dari China berkenaan.

"Insiden terbabit meragut nyawa dua warga China, iaitu Liu Zhu dan anak perempuannya, Liu Xinxin.

"Diharap dengan sumbangan ini dapat memberi sedikit bantuan dan sokongan kepada keluarga mangsa," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Berikutan Lim kini berada di luar negara atas urusan rasmi, penyerahan sumbangan itu diserahkan melalui oleh Adun Komtar Teh Lai Heng kepada anak lelaki Liu Zhu dan suami Liu Xinxin yang datang ke Pulau Pinang.

Terdahulu, media melaporkan dua pelancong warganegara China maut akibat tersepit di dalam sebuah kenderaan yang dihempap sebatang pokok tumbang bersama runtuhan konkrit dalam kejadian di Lebuh Gereja,di sini.

Sementara itu Lim berkata pihaknya sudah menghubungi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) selepas kejadian dan meminta supaya pihak berkuasa berkaitan sentiasa memantau keselamatan pokok di kawasan Tanjong.

"Langkah pencegahan yang lebih lanjut perlu diambil bagi mengelak tragedi seumpama ini daripada berulang," katanya.

Laporan bedah siasat ke atas mayat mangsa di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) mendapati kedua-duanya mati akibat sesak nafas dihempap objek berat.

Mangsa dikatakan tiba untuk melancong di negara ini pada 14 September serta mendaftar masuk di sebuah hotel berhampiran empat hari kemudian dan dijangka mendaftar keluar pada 19 September.



Disiarkan pada: September 27, 2024 @ 7:39pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1138325/keluarga-dua-pelancong-china-maut-ditimpa-pokok-konkrit-terima-rm10000





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.093374 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list