Mangsa banjir di Kedah hampir pulih, makin ramai mangsa dibenarkan pulang ke rumah
Oleh Zuliaty Zulkiffli - September 27, 2024 @ 5:11pm [email protected]
Mangsa banjir mula membersihkan rumah yang dipenuhi lumpur selepas banjir surut di Kampung Suka Menanti di sini. - Foto BERNAMA
ALOR SETAR: Hanya 207 mangsa daripada 49 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini setakat jam 4 petang hari ini.
Jumlah itu semakin berkurangan apabila keadaan banjir di negeri ini semakin surut dan sebahagian besar mangsa banjir sudah pulang ke rumah masing-masing.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan, dua PPS yang masih dibuka ialah di Pendang.
Sementara itu, laman web Publik Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, paras air Sungai Laka di Kampung Padang Pasir di daerah Kubang Pasu menunjukkan bacaan 22.47 meter (m) melepasi paras bahaya 21.6 m ketika ini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1303660/mangsa-banjir-di-kedah-hampir-pulih-makin-ramai-mangsa-dibenarkan
|