CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14698|Reply: 2

[Kedah] 'Kecewa tak terkata tengok padi tenggelam, habis semua...'

[Copy link]
Post time 27-9-2024 01:11 PM | Show all posts |Read mode
'Kecewa tak terkata tengok padi tenggelam, habis semua...'

Oleh Noorazura Abdul Rahman - September 27, 2024 @ 12:47pm [email protected]







Keadaan sawah selepas hampir seminggu ditenggelami banjir di Kampung Alor Bereh, Pendang. - NSTP/WAN NABIL NASIR.





JITRA: "Susah nak bayangkan sedih dan kecewa kami, usaha lebih tiga bulan menunggu hasil padi sia-sia kerana semuanya ditenggelami."

Pesawah, Murni Majid, 60, berkata banjir kali ini memberi kesan teruk kepada petani selepas sawah bertukar hitam dan dipenuhi sampah.

Ibu tunggal itu mengakui, dugaan kali ini amat berat memandangkan beliau bergantung sepenuhnya kepada hasil padi.

"Saya tak tahu nak buat apa. Sawah yang saya usahakan seluas 15 relung (4.5 hektar) secara sewa musnah dilanda banjir sejak dua minggu lalu.

"Saya hanya menunggu giliran mesin jentuai untuk menuai padi ini kerana semuanya sudah masak. Belum sempat giliran tiba, padi semua ditenggelami.

"Saya runsing memikirkan bagaimana nak membayar sewa tanah bendang. Sedih sangat rasanya, lebih-lebih lagi saya menanggung anak belajar di universiti," katanya.

Beliau adalah antara penerima sumbangan bakul makanan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) disampaikan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mahfuz Omar, di Kampung Paya Tok Teh di sini, semalam.

Mustafa Dun, 74, dari Kampung Biak di sini, 'terduduk' melihat sawah diusahakannya ditenggelami dua kali dalam seminggu.

"Sedih mengenangkan apa yang berlaku kerana sawah bertukar menjadi hitam dimasuki air kotor.

"Berapa hasil yang sepatutnya diperoleh dari sawah itu tak tahulah kerana pesawah perlu membayar upah jentera termasuk upah menuai bagi mengeluarkan padi yang rosak itu," katanya.

Arman Majid, 58, menjangkakan padi yang rosak mungkin tidak dibeli pengilang kerana keadaannya tidak elok selepas ditenggelami.

"Mungkin padi ini hanya akan menjadi makanan haiwan peliharaan seperti ayam. Kalau terjual pun, harganya pasti rendah," katanya.

Laporan sebelum ini menyebut, 972 pesawah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di Kedah kerugian RM13.5 juta selepas kawasan tanaman padi seluas lebih 1,500 hektar ditenggelami.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1303517/kecewa-tak-terkata-tengok-padi-tenggelam-habis-semua





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2024 02:47 PM | Show all posts
Kedah padi rosak. Di Vietnam pun rugi 1.6 billion - tanah pertanian rosak selepas taufan yagi. Mulakan cycle baru akan ambil masa. Semoga tidak sebabkan krisis makanan. Amin.

Comments

aamiin.  Post time 27-9-2024 02:54 PM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.145621 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list