CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19819|Reply: 0

[Kedah] 15 jalan di Langkawi ditutup sempena LTdL 2024

[Copy link]
Post time 27-9-2024 09:27 AM | Show all posts |Read mode
15 jalan di Langkawi ditutup sempena LTdL 2024

Oleh Hamzah Osman - September 27, 2024 @ 8:56am [email protected]







Notis penutupan beberapa jalan di Langkawi sempena perlumbaan peringkat pertama edisi ke-28 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024. - Foto FB LTdL





LANGKAWI: Beberapa jalan raya di sekitar pulau ini akan ditutup bermula jam 3 petang ini hingga 2 petang Ahad, sempena perlumbaan peringkat pertama edisi ke-28 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata laluan yang ditutup mulai jam 3 petang ini membabitkan Jalan Padang Matsirat dari lampu isyarat Pokok Asam hingga Lampu Isyarat Dundung.

"Penutupan dan lencongan secara berperingkat hari ini untuk memberi laluan kepada kerja-kerja persiapan di lokasi permulaan (pekan Kuah) bagi menjamin kesempurnaan perlumbaan peringkat pertama LTdL 2024.

"Pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif dari lampu isyarat Sungai Menghulu, Jalan Padang Gaong, Lebuhraya Langkawi, Jalan Ayer Hangat, Pekan Kuah/Jeti Kuah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Shariman berkata, selain itu penutupan dan lencongan secara berperingkat membabitkan beberapa jalan turut dilakukan bermula 7.30 pagi hingga 11.30 pagi esok sempena acara 'Domestique Ride'.

"Antara jalan yang akan ditutup secara berperingkat sepanjang acara itu berlangsung adalah Jalan Padang Matsirat, Lencongan Putra 1, Penarak, Ayer Hangat, Pantai Kok, Kuala Teriang, Nyiur Chabang dan Ulu Melaka.

"Turut ditutup Jalan Makam Mahsuri, Mata Air, Padang Matsirat, Lapangan Terbang, Kuala Muda, Teluk Baru, Temonyong, Bukit Malut dan Padang Matsirat," katanya.
Beliau berkata, penutupan dan lencongan secara berperingkat bagi laluan dan tempoh masa sama turut dilakukan sempena perlumbaan peringkat pertama LTdL 2024 sejauh 96.5 kilometer (km) pada Ahad.

"Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk memberi kerjasama penuh dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang bertugas bagi memastikan kelancaran sepanjang acara itu," katanya.

LTdL 2024 sejauh 1,190km bermula di Langkawi untuk peringkat 1; diikuti Peringkat 2 (Arau-Butterworth); Peringkat 3 (Taiping-Cameron Highland); Peringkat 4 (Kuala Kubu Baru-Bentong); Peringkat 5 (Kuala Lumpur-Melaka); Peringkat 6 (Batu Pahat-Kulai); Peringkat 7 (Miri-Bintulu) dan berakhir dengan Peringkat 8 (Bintulu).

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1303421/15-jalan-di-langkawi-ditutup-sempena-ltdl-2024





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.292421 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list